BREAKING NEWS

Sunday, 1 January 2017

Hasrat Satu Lawan Satu Dengan BN Tidak Tercapai


Walaupun DAP,PKR PAN dan PPBM merancang bertanding satu lawan satu dengan UMNO-BN PRU 14 yang dijangka berlaku 4 atau 2 bulan sebelum berakhir 2017 ia belum menampakan kesepakatan 4 parti itu.

Jelas kelihatan 4 parti itu  memerlukan PAS sebagai pelaris bagi memperolehi undi Melayu.

PAS yang jelas kendor kearah UMNO tegang kearah parti dalam Pakatan Harapan masih kekal mahu menyertai pilihan raya dengan bertanding dikesemua kawasan yang ditandinginya pada PRU 13 dan tidak mustahil akan menambah beberapa kerusi baharu dikawasan yang dijangka menang.

Berkaitan hubungan baik dengan PKR tidak membimbangkan kedua-kedua pihak berikutan PAS dan PKR tidak bercadang untuk bertanding dikawasan yang ditandingi kedua-kedua parti itu.

Kelebihan kepada PKR
Sifir memperlihatkan kepada umum secara jelas PKR akan menerima kelebihan kirannya PAS tidak bertanding dikerusi yang ditandingi parti itu.

PKR yang menggunakan pedang dua mata akan menikmati kelebihan dengan PAS secara percuma kerana rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan lega apabila PKR masih lagi mampu mengaut undi Melayu terutamanya di Selangor.

Secara umumnya PKR memperolehi undi Melayu secara besar-besaran pada PRU 13 berikutan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Dengan sebab itu DAP dan PAN tidak memaksa PKR memutuskan hubungan dengan PAS malah berharap parti presidenya Haji Hadi duduk bersama dalam Pakatan Harapan.

Aspek kekuatan PAS tidak pernah dinafikan oleh DAP malah PKR sendiri semasa pilihan raya dibantu jentera PAS.

Kesukaran bagi PKR
Melihat kesungguhan 4 parti untuk berunding dengan PAS agar dapat bersama menentang UMNO-BN memberi jawapan jelas kepada penggundi Melayu niat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN tidak mungkin tercapai pada pilihan raya ke-14.

DAP yang menguasai undi orang-orang Cina tidak bermasalah jika bertanding satu lawan satu.Namun sukar bagi PKR untuk mengekalkan kemenangan dikawasan yang dimenanginya pada PRU ke-13 berikutan PAS tidak bersama Pakatan Harapan.

Dijangka 15% Melayu ahli PAS di Selangor yang pernah undi PKR pada pilihan raya lepas akan memilih UMNO-BN berikutan kelembutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib membantu Kelantan menyelesaikan masalah air bersih serta pembinaan lebuh raya baharu jika PAS tidak bertanding lawan UMNO-BN,namun mustahil jika PAS masih belum bergabung.

Perancangan untuk membina lebih banyak PPRT di Kelantan oleh Persekutuan juga turut membuka mata banyak pihak.

PKR akan menerima  nasib malang walaupun masih bekerjasama dengan PAS berikutan rata-rata ahli PAS menolak Pakatan Harapan.

PAS tidak rugi jika tidak bertembung dengan PKR kerana PAS sudah ada Kelantan sebagai bukti kekuatan dan PKR masih lagi bergantung harap pada PAS dan DAP untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Barisan Pakatan Harapan terutamanya PKR dan PAN sedar kekuatan PAS.Tanpa PAS sukar untuk memperolehi majoriti undi Melayu manakala DAP langsung tidak bimbang berikutan parti itu tidak popular dikalangan pengundi Melayu dan pengundi Cina masih menolak MCA dan Gerakan.

Dalam situasi Pakatan Harapan berusaha untuk satu lawan satu dengan UMNO-BN berlaku juga kebimbangan kerana PKR tersempit dan ada risiko hilang banyak kerusi yang telah dimenangi.

Bagi PAN dan PPBM yang masih mencari tunas kemenangan perlu meneliti kejayaan dan kegagalan PKR sama ada dapat meneruskan atau mengekalkan kemenangan lalu pada PRU ke-14 nanti.

Membayangi kesukaran yang telah dilalui PAN pada PRN Sarawak  PKR dan PPBM perlu beriktibar keatas kesukaran yang dilalui parti presidennya Mat Sabu.

PPBM perlu insaf
PPBM juga perlu insafi bahawa Dr Mahathir kini bukan lagi idola walaupun beliau di gelar negarawan berikutan beberapa dakwaan yang tidak diterima rakyat khasnya semua pengundi peringkat usia.

Kisah pemimpin PPBM yang memalukan juga sedikit sebanyak mengoyakkan keyakinan rakyat dan terkini kepercayaan rakyat terhadap PPBM terhakis berikutan keceluparan Dr Mahathir.

PPBM yang belum memancarkan cahaya obor dihati rakyat kini menunggu masa untuk mereput akibat wujudnya 3 puak dalam parti itu biarpun usia belum setahun jagung.

Puak Dr Mahathir,Puak Muhyiddin dan Puak Mukhriz ini masing-masing ada suis untuk letupkan kepincangan .

Dalam usaha 4 parti untuk menentang UMNO-BN satu lawan satu yang untung adalah DAP,yang tegap adalah PAS manakala UMNO-BN kekal memerintah.

PKR,DAP,PAN dan PPBM masih lagi kira untung rugi sekirany berlaku persetujuan untuk satu lawan satu berikutan PAS juga akan bertanding dengan DAP,PPBM,dan PAN.

 Bagi pengundi tidak mahu bergantung harap kepada parti yang tidak memberi laba kepada mereka berikutan kesedaran UMNO-BN yang banyak membantu.

Dalam keadaan Pakatan Harapan pening-pening lalat,UMNO-BN dan PAS terlepas dari beban keserabutan mabuk kuasa dan tidak mustahil dua parti Melayu terbesar itu akan membentuk kerjasama untuk mentadbir negara.

Dengan keadaan PPBM dan PAN tidak menentu DAP diyakini tidak banyak tergugak dan PKR akan terpadam obornya.

Oleh kerana itu,usaha untuk satu lawan satu tidak mungkin terjadi selagi PAS tidak sanggup jadi anak tangga bagi parti lain terutamanya DAP.

Sekiranya pendirian PAS kekal untuk tidak bersama Pakatan Harapan,hasrat untuk satu lawan satu seperti yang diharapkan  tidak akan tercapai.

 
Copyright © 2014 PenangKini.