BREAKING NEWS

Friday, 13 January 2017

Isu RUU 355, Bukit Aman Ambil Keterangan LGE.


Polis Bukit Aman akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng esok kenyataannya berhubung pindaan Rang Undang-Undang Persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 atau RUU 355 yang dibawa PAS.

Memetik laporan, Guan Eng akan disoal siasat di pejabatnya tingkat 28 Bangunan KOMTAR pada jam 11 pagi.

“Beliau akan disoal siasat di bawah Akta Hasutan; kami tidak faham mengapa kerana kenyataan yang dibuatnya bersifat politik, tiada apa-apa yang menghasut,” kata laporan itu.

Guan Engn sudah pun berdepan dua pertuduhan rasuah yang berkaitan pembelian banglo di Jalan Pinhorn dengan perbicaraannya telah ditetapkan selama 35 hari dan melibatkan 60 saksi mulai 27 Mac ini.

Beliau juga menghadapi kes menghina mahkamah yang difailkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dakwaan komen Guan Eng mengenai rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya.

Guan Eng mengeluarkan kenyataan pada 23 November tahun lepas dan salinannya ada di laman rasmi Facebook miliknya.

Dalam kenyataan tersebut, beliau menggesa parti komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan SUPP untuk keluar daripada gabungan parti pemerintah.

Ia berikutan sokongan Barisan Nasional terhadap undang-undang ‘seperti hudud’ yang dicadangkan di bawah RUU 355.-bnbbc
 
Copyright © 2014 PenangKini.