BREAKING NEWS

Friday, 27 January 2017

Janakuasa Angin Mesra Burung Diilhamklan Sayap Burung Kelicap

Kuasa elektrik yang dijana menggunakan sumber lestari akan mengurangkan impak pencemaran yang telah dilakukan oleh manusia sejak ratusan tahun. Hanya sejak kebelakangan ini kita memandang serius masalah pemanasan global yang telang dicanang oleh Captain Planet sejak dekad 90an. Negara maju seperti Sweden dan Belanda kini menghasilkan sebahagian besar kuasa elektrik dari sumber lestari. Janakuasa angin adalah pilihan popular kerana tidak memerlukan ruang yang besar seperti tenaga solar.
Tetapi janakuasa angin mendatangkan masalah seperti pencemaran bunyi dan membunuh populasi burung. Oleh itu janakuasa angin bersayap rekaan Tyler Wind ini cuba menyelesaikan dua masalah. Apabila ditiup angin sayap pada janakuasa akan bergerak. Rekaannya diilhamkan oleh sayap burung kelicap. Dengan saiz sekitar 1.6 meter, janakuasa burung kelicap ini direka untuk kegunaan di rumah dan mampu menjana tenaga sehingga 1 kW.
 
Copyright © 2014 PenangKini.