BREAKING NEWS

Wednesday, 18 January 2017

Janji Hapuskan Tol : Sudah-sudahlah Guan Eng ‘Kencing Merata’ – Rafizal


BUKIT BENDERA,  – “Sudah-sudahlah ‘kencing merata’, jika janji untuk hapuskan tol Sungai Nyior pun sehingga kini tidak ditunaikan, jangan ingat rakyat akan percaya lagi bila kini buat janji yang sama hanya kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin dekat,” tempelak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya pembangkang akan menghapuskan GST dan kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan jambatan Pulau Pinang pertama jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.
Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika bercakap di hadapan kira-kira 1,200 orang di majlis makan malam Dap bahagian Balik Pulau baru-baru ini.
“Sampai bila Guan Eng mahu kitar semula penipuan demi penipuan yang dibuat… adakah pada pandangannya, rakyat begitu bodoh sehingga mahu terus mempercayai apa yang dikatakan.
“Jika dia mahu rakyat percaya, maka hapuskan dulu semua tol di Pulau Pinang termasuklah janji semasa PRU-12 untuk menghapuskan tol Sungai Nyior.
“Sudahlah tak hapuskan tol tersebut, kadarnya pula dinaikkan dari 50 sen ke RM1.20… Memang Guan Eng kaki putar belit,” katanya lagi.
Tambah Rafizal, demi mendapat sokongan dan mengaburi minda rakyat, Guan Eng sanggup malukan diri sendiri dengan terus berbohong secara terang-terangan.
“Guan Eng patut sedar, rakyat sudah muak dan mula ‘muntah hijau’ setiap kali dia bercakap mahu hapuskan tol”, ujarnya.

Oleh itu beliau menyeru kepada semua rakyat khususnya di Pulau Pinang, jangan lagi terpengaruh atau tertipu dengan cakap kosong Guan Eng kerana Tol Sungai Nyior masih berdiri megah sebagai lambang bukti penipuan pembangkang. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.