BREAKING NEWS

Saturday, 14 January 2017

JKKKP DIMINTA RAPAT DENGAN NGO UNTUK PROGRAM AMAL

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) perlu mendekatkan diri mereka dengan badan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan setiap program amal yang akan dilaksanakan kerajaan Persekutuan.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, peranan NGO sangat penting kepada masyarakat dan wajar mereka diajak berganding bahu dengan JKKKP serta JPP bagi memastikan program kerajaan berjalan lancar.
Katanya, selain JKKKP dan JPP menjadi mata dan telinga kerajaan, NGO juga memainkan peranan sama ke arah menjayakan matlamat kerajaan.
“Saya selalu berpesan kepada JKKKP dan JPP, jika hendak menjayakan program kemasyarakatan dan yang berkebajikan kepada rakyat, NGO juga perlu diajak bersama. Sebab peranan mereka juga penting.
“Dalam NGO ada banyak suara rakyat. Mereka boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk sama-sama memajukan kepentingan rakyat,” katanya di sini, semalam.
Kata Sohaimi, sudah tiba masanya untuk mana-mana NGO menunjukkan nilai mereka yang sebenarnya tanpa mengira sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya. – MG
 
Copyright © 2014 PenangKini.