BREAKING NEWS

Thursday, 19 January 2017

Kegagalan Kerajaan DAP P.Pinang Seimbangkan Tindakan , Bongkar Sikap Pilih Bulu

Tindakan terbaru pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai Utara (MPSP) terhadap peniaga kecil di Tasek Gelugor semalam merupakan kesinambungan tindakan-tindakan sebelumnya di banyak kawasan yang lain.

Tidak ada mana-mana pihak sekalipun yang mahu menghalalkan cara selagi mana ianya dibawah peruntukan undang-undang.Dalam kes yang berlaku semalam di Tasek Gelugor , semua pihak akur sebenarnya peniaga yang terlibat sememangnya berniaga di kawasan yang tidak dikhususkan kepada peniaga.

Namun sejak puluhan tahun yang lalu , kehadiran peniaga yang silih berganti dikawasan yang sama tidak pernah dianggap sebagai gangguan apatah lagi menganggu mana-mana pihak kerana kedudukannya walaupun berhampiran dengan jalanraya tetapi tidaklah sampai ke tahap menghadang lalulintas.

Jika berlaku kesesakan sekalipun ianya disebabkan oleh kebanjiran kenderaan mengikut waktu terutamanya pada waktu pagi dan petang.Dan kesesakan itu tidaklah sampai ke tahap mengambil tempoh berjam-jam lamanya.

Selain daripada itu tindakan demi tindakan sebegini sebenarnya telah menyebabkan semakin ramai warga Pulau Pinang khususnya orang-orang Melayu berasa mereka ditindas.Penindasan sama ada secara fizikal mahupun emosi , ini disebabkan banyak lagi kawasan-kawasan lain yang turut sama melibatkan peniaga jalanan mahupun kecil-kecilan tidak langsung disentuh mahupun diambil tindakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Adakah ianya sengaja dibiarkan kerana peratusan para peniaganya berbangsa cina ?

Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan diskriminasi kaum dalam menjalankan tindakan dengan memberikan tumpuan terhadap orang-orang Melayu sahaja ?

Tujuan artikel ini bukanlah untuk membawa mesej rasis tetapi lebih kepada persoalan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang yang selama ini mengaku mengamalkan pentadbiran yang mesra dan berjiwa rakyat.

Mengambil kira keadaan itu , maka tindakan sebegini seharusnya tidak berlaku kerana ia secara jelas menampakkan ketidakseimbangan khususnya dikawasan-kawasan yang majoritinya peniaga berbangsa cina tindakan seolah-olah tidak diambil.

Banyak kawasan-kawasan lain contohnya di Raja Uda , Bukit Mertajam , Chai Leng Park , Georgetown dan lain-lainnya turut memiliki peniaga kecil-kecilan ini bahkan ada diantaranya yang jelas menjalankan perniagaan di kawasan yang menganggu lalu-lintas.

Sebagai sebuah kerajaan negeri , DAP selaku penerajunya haruslah tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan kerana kesan daripada sikap berat sebelah ini akhirnya akan menyebabkan rakyat yang menjadi mangsa.

Lim Guan Eng dan seluruh pimpinan DAP sering kali menolak tanggapan banyak pihak berkenaan sikap rasis yang begitu menebal dalam diri dan prinsip parti mereka.

Namun tindakan yang tidak berkesudahan ini sudah pun membuka mata banyak pihak dan rakyat sudah pun mengenali siapa sebenarnya yang bersikap sedemikian.
 
Copyright © 2014 PenangKini.