BREAKING NEWS

Thursday, 26 January 2017

Kerajaan BN bukan retorik - PM



HAH ALAM 25 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya tidak mengamalkan politik retorik seperti pembangkang, sebaliknya akan menunaikan segala janji yang dibuat kepada rakyat.

Jelas Perdana Menteri, sebagai contoh, apabila kerajaan berjanji untuk membangunkan masyarakat India, pelbagai bantuan serta insentif disediakan sehingga membolehkan kaum minoriti itu kini mengecapi nikmat kemajuan.

“Kita (BN) tidak bermain politik ucapan atau retorik sahaja, sebaliknya kita laksanakan sesuatu. Kita boleh buat perubahan kepada kaum India.

“Kita tidak hanya sekadar membuat janji tetapi kita laksanakannya. Berbeza dengan pembangkang, mereka hanya bermain politik....dulu cakap lain, hari ini cakap lain,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian berucap pada majlis sambutan Pesta Ponggal 2017 anjuran MIC di Pusat Latihan Teknologi Lanjutan (ADTEC) di Seksyen 32 di sini, malam ini.
Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Najib dalam pada itu berkata, beliau sedar sekiranya kerajaan tidak melakukan sesuatu kepada masrakat India di negara ini, kaum itu akan terus ketinggalan dan berhadapan dengan pelbagai masalah sosioekonomi.

“Maka sebab itu saya tampil ke hadapan dan mempengerusikan jawatankuasa Kabinet mengenai hal ehwal kaum india. Saya luluskan peruntukan besar untuk pembangunan sekolah jenis kebangsan Tamil (SJKT) dan pelbagai bantuan lain lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut mengingatkan para pemimpin MIC di semua peringkat termasuk akar umbi supaya berkhidmat untuk masyarakat dan tidak mementingkan kedudukan dalam parti semata-mata.

Tegas beliau, sesebuah parti tidak mempunyai kuasa sebaliknya ia kuasa itu datang daripada rakyat.
“Kuasa parti adalah sewaktu pemilihan parti. Tetapi kuasa mutlak ketika pilihan raya umum. Justeru, kita mesti merendahkan diri kita dan tahu bila mahu mendekatkan diri dengan rakyat.
“Bila kita membantu mereka terutama ketika mereka berada dalam kesusahan, mereka akan mengenang jasa kita” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

 
Copyright © 2014 PenangKini.