BREAKING NEWS

Wednesday, 4 January 2017

Kerajaan DAP P.Pinang Manipulasi Angka ?



Kerajaan DAP Pulau Pinang sering kali dilihat cuba memanipulasi angka-angka dengan nilai RM sedang ramai di luar sana sedar bahawa angka-angka tertentu yang digula-gulakan oleh pentadbiran Lim Guan Eng ini merupakan helah bagi mengaburi mata rakyat.

Dalam keadaan pentadbiran ketua menterinya yang kini dipenuhi skandal demi skandal sehinggalah pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah , kerajaan DAP Pulau Pinang terus-terusan diasak oleh pelbagai pihak.

Asakan ini berlaku bukan kerana faktor politik semata-mata tetapi kerana dasar serta perancangan kerajaan negeri yang dilihat begitu lemah sehingga menimbulkan keraguan rakyat dari pelbagai lapisan.

Antara yang terkini adalah isu penjualan tanah  PDC Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri yang dianggap sebagai helah perakaunan bagi menipu rakyat !

Lim Sian See dalam penulisan terbarunya mempersoalkan tentang lebihan kedudukan kewangan kerajaan negeri DAP selama tempoh 8 tahun melakukan penjualan tanah kerana apa yang diumumkan oleh Lim Guan Eng ternyata mengelirukan.

Seperti yang didedahkan sebelum ini kerajaan negeri menjual tanah bernilai sekurang-kurangnya RM700 juta. PDC yang 100% milik kerajaan Pulau Pinang menjual nilai tanah sekurang-kurangnya RM1.94 bilion dan saham bernilai RM156 juta di Pulau Jerejak dan PLUS, perbelanjaan tahunan anda meningkat 5 kali ganda.

Tetapi lebihan terkumpul Kerajaan Negeri hanyalah sebanyak RM574 juta dalam tempoh 8 tahun sejak 2008.

Anda tahu matematik atau tidak? RM1.94b + RM700j + RM156j adalah LEBIH daripada lebihan anda sebanyak RM574j itu.

Adakah anda seorang akauntan atau tidak?

Jika ia bukannya disebabkan oleh jualan tanah, sila perincikan dari mana hasil tambahan itu datang untuk membiayai peningkatan 5 kali ganda dalam perbelanjaan tahunan anda?

Dari Miss Phang? Dari poket anda sendiri? Jatuh dari langit? Peningkatan cukai tanah? Tolong senaraikannya.

Lebihan itu sudah pasti tidak datang daripada anda mengurangkan perbelanjaan tahunan anda kerana ia meningkat 5 kali ganda.

Dan sekali lagi pembohongan untuk kali yang ke 40000 bahawa DAP menjual lebih sedikit tanah dan memperolehi lebih banyak berbanding BN.

Berdasarkan pertikaian terbabit , kerajaan DAP Pulau Pinang harus segera tampil menjawab persoalan demi persoalan yang ditimbulkan kerana sebarang dana mahupun kewangan apatah lagi melibatkan penjualan aset berupa milikan tanah adalah turut menjadi sebahagian daripada hak rakyat dan warga Pulau Pinang.

Penduduk Pulau Pinang khususnya berhak untuk tahu apakah benar kerajaan DAP Pulau Pinang cuba mengelirukan mereka dengan angka-angka sebegini ?

Dalam masa yang sama sekiranya benar perkara yang didedahkan tersebut adakah ia bererti kerajaan DAP Pulau Pinang cuba memperbodohkan rakyat khususnya warga Pulau Mutiara ?
 
Copyright © 2014 PenangKini.