BREAKING NEWS

Wednesday, 11 January 2017

Kerajaan Konsisten Di Saat Banyak Pihak Cuba Raih Publisiti Faiz Subri


Sejak Faiz Subri pemain bolasepak negeri Pulau Pinang mencipta gol paling unik yang telah mendapat perhatian seluruh dunia , banyak pihak mula membuka mata terhadap keistimewaan pemain ini.

Rata-ratanya memuja dan menganggap kemampuan Faiz Subri bukan sahaja sesuatu yang wajar dibanggakan tetapi boleh dijadikan sebagai pembakar semangat kepada ramai lagi anak-anak muda diluar sana untuk terus berusaha dan mencipta nama.

Kalau kita amati , Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah sebahagian daripada jutaan rakyat Malaysia yang tampil sejak dari awal lagi melahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian pemain Pulau Pinang tersebut dan Perdana Menteri turut sama mengundi Faiz Subri yang dicalonkan dalam "FIFA Puskas Award 2016".



"Saya dah pilih, anda bila lagi? #FIFAPuskas #FaizSubri #MalaysiaBoleh", tulis beliau di Twitter rasminya.

Selain daripada itu setelah Faiz Subri diumumkan sebagai pememang anugerah terbabit , Perdana Menteri dalam kenyataannya menyebut kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 memberi inspirasi kepada pemain bola sepak negara.

Perdana Menteri berkata kejayaan yang dicipta penyerang Pulau Pinang itu melalui hasil keunikan sepakan percuma, pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) juga mengharumkan nama Malaysia.

“Tahniah Faiz Subri! Kejayaan anda di #FIFAPuskasAward 2016 akan beri inspirasi kepada semua pemain bola sepak Malaysia dan juga harumkan nama negara!,” katanya dalam laman Facebook dan Twitternya hari ini.

Dalam masa yang sama kerajaan sejak dari mula lagi sudah pun memberikan komitmen terhadap usaha untuk mencalonkan Faiz Subri bagi anugerah terbabit.



Dalam satu kenyataan Menteri Belia & Sukan Malaysia , YB Khairy Jamaluddin berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan nama pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA, selepas beliau melakukan jaringan 'luar biasa' mirip gol pemain Brazil, Roberto Carlos.

"Pencalonan untuk gol terbaik FIFA perlu dibuat persatuan kebangsaan iaitu FAM, dan saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Muhd Amin bahawa FAM akan buat pencalonan untuk gol Mohd Faiz itu," katanya.

Selain dari itu Khairy turut meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah tersebut.

Peluang Faiz Subri dilihat sangat cerah untuk melayakkan diri ke kelompok tiga terakhir memandangkan ia menggunakan kaedah pengundian secara terbuka, sekali gus memberi peluang kepada rakyat negara ini mengundi menerusi internet.

Menurut Khairy, rakyat Malaysia selalunya sangat cepat viralkan sesuatu terutama kecaman, menghentam seseorang dan benda yang tidak sepatutnya.

"Kali ini apa kata mereka itu menyalurkan kepakaran viral untuk Faiz Subri kerana dia perlukan undian anda.

"Saya juga berharap seluruh lapisan masyarakat dapat menyatakan sokongan dan turut mengundi untuk Faiz Subri," katanya

Begitulah konsistennya kerajaan dan pemimpin negara dalam apa jua perkara khususnya yang melibatkan rakyat.Tidak ada sebarang isu yang cuba dipolitikkan malahan tidak ada mana-mana pihak pun yang diarahkan untuk mengenal pasti apakah ideologi politik pilihan Faiz Subri.

Dasar kerajaan jelas apa jua yang melibatkan negara maka ianya akan dianggap sebagai serius.Dalam isu Faiz Subri , keupayaan dan kemahiran yang dimiliki oleh pemain tersebut adalah satu kebanggan buat seluruh negara.

Jauh sama sekali menyimpang daripada pihak-pihak yang dilihat seolah-olah cuba menumpang populariti Faiz Subri untuk kepentingan parti atau tuntutan politik seperti mana yang boleh anda lihat dalam gambar di bawah.




Syabas Faiz Subri , Anda kebanggaan Malaysia !
 
Copyright © 2014 PenangKini.