BREAKING NEWS

Tuesday, 3 January 2017

Kes ragut di Lebuh Farquhar



Seorang wanita cedera pada muka dan tangan selepas dua lelaki menaiki motosikal meragut rantai mangsa di Lebuh Farquhar, George Town jam 11 pagi tadi.
Kerugian dianggarkan bernilai hampir RM10,000.

Selepas mendapat maklumat kejadian, empat Unit Rondaan Bermotosikal mengesan suspek memasuki Jambatan Pulau Pinang dan mengejar sehingga Perai.

Bagaimanapun suspek menyimbah minyak pelincir ke atas anggota dan menendang kenderaan menyebabkan anggota terjatuh dan cedera di bahagian kaki dan tangan.
Suspek dapat meloloskan diri dan polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan.

 
Copyright © 2014 PenangKini.