BREAKING NEWS

Friday, 27 January 2017

Ketahui Rahsia Disebalik Muzium Louvre, Perancis

Bagi yang suka melancong ke Perancis tidak lengkap jika anda tidak melawat Muzium Louvre. Muzium ini memang menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Perancis. Muzium yang dinobatkan sebagai muzium yang paling banyak dikunjungi di dunia ini juga merupakan muzium terbesar di dunia, yang memaparkan 38,000 karya seni dan 422.000 karya seni yang tersimpan baik.

Ketahui Rahsia Disebalik Muzium Louvre, Perancis

Muzium Louvre mempunyai 2.290 pegawai, termasuk 65 kurator dan 145 pekerja seni. Namun di balik kemegahan, muzium cantik ini menyimpan rahsia yang tidak banyak diketahui para pelancong, seperti dikutip dari Travel and Leisure. Berikut adalah:

1-Awal dibina sebagai istana

Ternyata pembangunan Muzium Louvre pada asalnya bertujuan sebagai istana. Louvre dibina atas arahan Francois I, raja Perancis pada masa Renaissance. Francois I meratakan sebuah benteng dari abad ke-12 di sisi kanan untuk membuat jalan ke Istana Louvre. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1500-an, tetapi hanya sebahagian bangunan yang telah disiapkan. Pembangunan kemudian dilanjutkan oleh raja-raja Perancis selanjutnya. Kerana itulah beberapa bahagian Louvre mempunyai gaya seni bina berbeza.

2-Masih ada parit bekas benteng yang dihancurkan

Walaupun benteng era abad ke-13 yang dibina Raja Philippe Augustus telah dihancurkan, namun para ahli arkeologi mendapati parit sedalam 23 kaki di bawah Cour Carre saat pembangunan piramid kaca yang menjadi ikon Louvre. Parit tersebut merupakan sebahagian daripada benteng yang dulu dihancurkan.

3-Diperlukan 200 tahun membina keseluruhan muzium

Louis XIV adalah raja terakhir yang menggunakan Louvre sebagai tempat tinggal. Dia kemudian pindah ke Versailes pada tahun 1682. Pada tahun 1793 semasa revolusi Perancis, Musée Central des Arts dibuka untuk umum di Grande Galerie. Kemudian pada tahun 1993, tempat tersebut digunakan sebagai muzium untuk pertama kalinya.

Raja-raja Perancis terkenal sebagai pemungut benda-benda seni. Mereka juga memerintahkan para arkitek berbakat di Perancis untuk berperanan dalam pembangunan Louvre. Namun selama masa perang yang dicetuskan oleh Napolen, banyak benda-benda seni di Louvre yang dirampas sebagai rampasan perang.

4-Pembangunan piramid kaca awalnya dianggap kontroversi

Piramid kaca yang terletak di depan Louvre saat ini telah menjadi ikon Louvre. Namun pada awal pembangunannya, piramid kaca yang direka oleh arkitek amerika I.M. Pei tersebut menuai banyak kritikan. Banyak orang menganggap bahawa piramid kaca dengan sentuhan moden tersebut merosakkan komposisi bangunan penuh sejarah itu. Piramid kaca tersebut direkabentuk sebagai pintu masuk bagi para pelawat. Sebagai info, Muzium Louvre menerima lebih daripada 4.5 juta pengunjung setiap tahun. Lukisan terbesar di Louvre terletak di bilik yang sama dengan lukisan Mona Lisa.

0 comment... add one now

 
Copyright © 2014 PenangKini.