BREAKING NEWS

Thursday, 5 January 2017

Lagi Pegawai Ketua Menteri Pulau Pinang dilantik, Satu lagi contoh peembaziran Kerajaan DAP Pulau Pinang



Hari ini bertambah lagi gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan DAP dengan perlantikan Datuk Saifudin Nasution, Setiausaha Agong PKR sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri P.Pinang.

Ini adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani yang sering dibangkitkan Ahli Parlimen DAP di Parlimen menghentam Jabatan Perdana Menteri.
Tetapi lihatlah sendiri bila mereka berkuasa sebagai kerajaan negeri, apa yang mereka cakap tidak pun dibuat dan dilaksanakan pun.

Sebelum ini Mejar Zaidi telah dilantikan Guan Eng sebagai pegawai penerangan negeri kontrak.
Pastinya kebanyakkannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.
Ternyata Guan Eng kini sudah memiliki ramai pegawai bertugas di Pejabat Ketua Menteri terdiri kroni, rakan politik yang dibayar gaji mereka menggunakan wang rakyat sesuka hati.
 
Copyright © 2014 PenangKini.