BREAKING NEWS

Monday, 23 January 2017

LEE CHONG WEI DIISYTIHAR IKON PERPADUAN


“Marilah kita RAKYAT Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India mengeratkan perpaduan dan berusaha mencipta pelbagai kejayaan bersama-sama,” ujar Datuk Lee Chong Wei yang diisytiharkan sebagai Ikon Perpaduan Malaysia.
Menurut beliau lagi;
“Apabila dipilih menjadi Ikon Perpaduan ini, saya akan berusaha melakukan yang terbaik dan mengajak atlet-atlet lain untuk bersama mencapai pelbagai kejayaan demi negara. Usaha ini tidak boleh dilakukan saya seorang secara individu, sebaliknya bersama-sama dengan semua pihak."

Chong Wei menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri sempena Program Detik-detik Perpaduan di Taman Botani Perdana, kelmarin.
 
Copyright © 2014 PenangKini.