BREAKING NEWS

Monday, 23 January 2017

Mahathir Samakan Pelabur China Dengan Pendatang Mexico



Mahathir terus menyerang Forest City dalam tulisan terkini blognya di mana beliau berkata beliau telah tersilap dan sebenarnya MCA dan bukan DAP yang meminta jawatan TPM walaupun PakaTun pada mulanya berkata kenyataan beliau telah disalah petik dan diputar belit oleh media.

Beliau juga sekarang berkata bahawa akan ada 1.5 juta Cina dari negara China dan bukannya 700,000.

Pertama sekali, saya tidak pasti mengapa Cina dari China, yang kini menjadi kuasa besar ekonomi, mahu memohon kerakyatan Malaysia atau mahu kekal di sini selama-lamanya.

Puas Hasut Melayu, Mahathir Hasut & Takutkan Cina Pula
Oleh kerana Mahathir berkata mereka adalah orang China yang kaya, sepatutnya mereka dengan mudah boleh pergi ke negara-negara lain seperti Australia atau Amerika Syarikat – atau lebih baik mereka terus tinggal di China tetapi melabur di luar negara.

Laman web Forest City memaparkan hakikat bahawa tanah itu ditebus guna berada paling dekat dengan Singapura dan dirancang untuk mempunyai kastam sendiri untuk memasuki Singapura jelas menunjukkan bahawa pembangunan mereka mensasarkan mereka yang tinggal di Singapura. Mesej pemasaran dan niat jelas mensasarkan Singapura.

Dengan menawarkan unit-unit ini pada 1/5 daripada harga dengan kawalan kastam bebas dan pantas bagi mereka yang pernah tinggal di Singapura akan menekan pasaran Singapura. 10% atau 20% pengurangan dalam nilai bermakna bertrilion dolar penyusutan nilai kekayaan rakyat Singapura dan ekonomi mereka.

Sultan Johor Bidas Putar Belit Mahathir Isu Pelabur China
Pembangunan Forest City disasarkan untuk membuat wang keluar daripada Singapura – bukan dari Malaysia. Dalam mana-mana negeri lain atau lokasi lain di Johor, projek sebesar ini tidak mungkin berlaku. Cuba tawarkan yang sama seperti ini sebagai satu projek di Kedah kepada pelabur China dan lihat.

Jika ia adalah mengenai membuat keuntungan segera, mereka akan menjual tanah sedia ada kepada pemaju Forest City dan bukannya tanah tebus guna yang akan memerlukan pelaburan yang besar dan mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan pulangan bagi pelaburan mereka.

Juga, pembangunan Forest City akan mengambil jangka masa 30 tahun. Pada masa itu, saiz penduduk Malaysia akan berganda – yang bermakna 160,000 rumah baru atau 5,300 unit setahun dalam tempoh 30 tahun tidaklah menjadi seperti suatu masalah besar atau menakutkan.

Lebih melucukan, Mahathir kini menyamakan pelarian perang Syria dan pendatang tanpa izin dari Mexico sama seperti pelabur FDI dari China yang akan membawa masuk wang dan hubungan perniagaan ke Malaysia. Ini adalah satu perbandingan yang kelakar.

Mahathir Masih Anggap Rakyat Malaysia 'Buruh Kos Rendah'
Mahathir terus bercakap mengenai FDI dalam sektor pembuatan tetapi dia tidak menyebut RM15 bilion hingga RM20 bilion dalam bentuk gaji dan keuntungan setiap tahun dihantar pulang ke luar negara oleh pelabur dan pekerja asing.

Mahathir juga tidak pula mengulangi kenyataan bangganya yang dibuat pada tahun 2013 bahawa beliau bertanggungjawab untuk projek IC di Sabah.

Bagaimanapun apa yang jelas adalah bahawa PakaTun sekarang terpaksa dan terdesak dengan propaganda perkauman untuk mensabotaj ekonomi negara dan rancangan kerajaan untuk beralih dari sektor pembuatan kos rendah kepada ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan bernilai tinggi dengan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Nota: Gambar di bawah adalah komen dari post Chedet sendiri. Nampaknya ramai orang tidak bersetuju dengan Mahathir di blognya sendiri sekarang.

SUMBER
 
Copyright © 2014 PenangKini.