BREAKING NEWS

Sunday, 15 January 2017

Mejar Zaidi Kini Liabiliti Kepada Guan Eng

Pertama sekali EP nak ucap terima kasih kepada Mejar Zaidi pegawai penerangan Guan Eng 
yang tak berapa terang ni 
sebab dah dedahkan perkara sebenar tentang sikap pemimpin pembangkang terhadap gerak
 kerja ahli-ahli mereka di akar umbi.

Umumnya kita ketahui pimpinan pembangkang sering kali akan mengambil kredit terhadap 
apa jua gerakan yang bersifat
 menentang kerajaan khususnya UMNO disebabkan ia merupakan platform mudah untuk 
mereka mendapat publisiti.

Dan sikap Mejar Zaidi sendiri sebenarnya telah menimbulkan kekeliruan sekaligus 
membuktikan tanggapan bahawa bekas 
anggota TUDM ini bukanlah produk terbaik yang dimiliki oleh kem pembangkang 
sebaliknya hanya menghabiskan wang ringgit kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Sehingga artikel ini ditulis , Mejar Zaidi masih lagi gagal untuk meyakinkan Guan Eng
 betapa kehadirannya disisi
 Ketua Menteri itu berjaya melonjakkan imej serta membentuk sokongan jitu warga
 Pulau Mutiara khususnya orang-orang Melayu 
terhadap Lim Guan Eng dan DAP.

Tindakan Mejar Zaidi yang sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan serta 
bantuan daripada orang ramai bagi menyelamatkan 
Ridzuan Asit kerana menghadapi perintah mahkamah supaya membayar sejumlah
 denda kerana kegagagalan petisyen di mahkamah kini 
menimbulkan persoalan banyak pihak.

Ridzuan Asit merupakan seorang pengundi dan ahli PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri 
(DUN) Lubuk Merbau yang telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 
yang telah menolak petisyennya untuk membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional 
(BN) di DUN berkenaan, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Keputusan tersebut dibuat selepas Hakim Abdul Rahman menolak dengan kos petisyen 
selepas mendapati petisyen tersebut tidak mematuhi kaedah-kaedah pilihan raya iaitu 
cara penyampaian petisyen kepada responden.

Selain daripada memutuskan petisyen berkenaan mempunyai banyak kecacatan
 , Mahkamah turut memerintahkan Mohd. Ridzuan membayar kos RM60,000 iaitu 
masing-masing RM30,000 kepada Siti Salmah selaku responden pertama 
dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) responden kedua.

Misterinya ....


Pada ketika DAP sudah pun memutuskan semua bentuk hubungan dengan parti PAS , 
pegawai penerangan Ketua Menteri Guan Eng boleh pula sibuk membantu ahli PAS
 yang kini menghadapi denda oleh pihak mahkamah.

Persoalannya Mejar Zaidi bekerja dengan siapa ?

Apakah Guan Eng bersetuju dengan tindakan Mejar Zaidi ini ?

Sekiranya bersetuju , apakah Guan Eng sebenarnya punya helah politik lain bersama PAS ?

Ternyata tindakan Mejar Zaidi bukan sahaja sumbang tetapi menyimpang daripada
norma-norma politik DAP sekaligus memberikan isyarat kepada seluruh ahli DAP 
supaya segera bingkas bangun dan meminta supaya Guan Eng segera menjawab 
persoalan berbangkit !

Selain daripada bertindak mendapatkan sokongan ramai supaya membantu Ridzuan ,
 Mejar Zaidi turut sama mengajak orang ramai supaya membantu Mazlan Aliman , 
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang telah diisytiharkan 
muflis oleh Mahkamah Tinggi Johor Bharu pada 30hb November 2016 berikutan kegagalan
 membayar denda dan gantirugi selepas kalah dalam kes saman fitnah yang 
difailkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ahli jawatankuasa nasional parti PAN ini berdepan dengan tindakan terbabit 
apabila Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Mazlan untuk penggantungan 
prosiding serta turut menolak permohonan untuk mengenepikan petisyen pemiutang.

Semua itu berlaku akibat daripada fitnah melampau Mazlan terhadap FELDA seterusnya 
pada 20 Julai 2009, FELDA telah mengemukakan saman terhadap Mazlan dan Angkatan 
Edaran Enterprise Sdn. Bhd.diatas kandungan sebuah buku yang memfitnah FELDA iaitu
 “FELDA… Dulu Tolong Sekarang Ah Long”.

Buku tersebut menggambarkan FELDA mengaut keuntungan yang banyak sehingga 
memudaratkan peneroka yang kononnya akibat salah laku plaintif, dan mereka 
dijadikan seperti hamba abdi ekoran dasar 
FELDA yang didakwa menindas.

Selain itu, FELDA juga mendakwa kandungan buku tersebut berniat jahat dan 
dibuat untuk merosakkan reputasi FELDA bagi merendah-rendahkan imejnya di mata 
masyarakat.

Pada 29 Mei 2015, FELDA telah memenangi kes saman fitnah tersebut dan Mahkamah 
telah memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise untuk membayar ganti
 rugi am dan ganti rugi teruk serta kos guaman kepada FELDA.

Kesemua Defendan diarahkan untuk membayar kepada FELDA gantirugi berjumlah
 RM350,000.00, 8% faedah, kos RM150,000.00 dan keuntungan dari penjualan buku tersebut.

Akibat kegagalan membayar keseluruhan jumlah tersebut, FELDA telah melaksanakan
 prosiding kebankrapan terhadap Mazlan.Isunya adalah kenapa perlu Mejar Zaidi 
mengambil pendekatan menggerakan usaha membantu Mazlan sedangkan Mazlan sepatutnya
 dibantu oleh pucuk pimpinan parti PAN sendiri ?


Kapasiti beliau sebagai ahli jawatankuasa nasional parti PAN sewajarnya meletakkan 
permasalahan ini sebagai satu tanggungjawab bersama pimpinan tertinggi PAN untuk 
membantu.

Mat Sabu sebagai Presiden wajib membantu Mazlan keluar dari permasalahan yang 
beliau sendiri cipta dan PAN secara tidak langsung terlibat kerana menyokong gerakan 
Mazlan selama ini.

Tindakan Mat Sabu yang hanya memberikan sokongan moral dan cubaannya untuk terus
 menyalahkan kerajaan dilihat sebagai usaha melepaskan tangan dan akibatnya Mazlan 
terkontang-kanting berdepan tindakan saman yang membolehkan beliau diistiharkan muflis.

Mat Sabu dalam kenyataannya berkata, Mazlan Aliman kini memerlukan bantuan orang
 ramai bagi membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 setelah didapati memfitnah 
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Bantuan tersebut sangat diperlukan Mazlan yang berjuang atas kapasiti presiden 
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK),untuk mengelak daripada berdepan
 kemungkinan diisytiharkan muflis.

Jelas kenyataan Mat Sabu itu adalah cubaan melepaskan diri apabila melabelkan
 kerja-kerja memfitnah FELDA itu dibuat atas kapasiti ANAK dan bukannya PAN.

Sebab itu EP nak Mazlan bertanya pada diri sendiri , apakah kesudahan siri fitnahnya 
sekarang ?

Apa yang sedang berlaku ini sudah pun menggambarkan kepada kita kekeliruan dan 
campur aduk politik yang cukup mengelirukan.

Kedudukan Mejar Zaidi disisi Guan Eng sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri 
dan berdiri atas kapsiti ahli DAP selepas melompat daripada PAS dan PAN sebenarnya 
hanyalah satu liabiliti kepada kedudukan Guan Eng yang kini semakin tercalar 
akibat daripada pelbagai skandal yang menghantui bukan sahaja diri beliau tetapi
 juga kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP.

Caca marba !

 
Copyright © 2014 PenangKini.