BREAKING NEWS

Monday, 30 January 2017

Menara Tertinggi Didunia Dibina di Kemboja



Dua syarikat China menandatangani perjanjian usaha sama untuk membina menara berkembar teringgi di dunia di ibu negara Kemboja ini.

Apabila siap kelak, menara berkenaan yang akan mempunyai 133 tingkat dan setinggi 560 meter akan lebih tinggi 108 meter berbanding pemegang rekod ketika ini, Menara Petronas di Kuala Lumpur.

Ia juga akan lebih tinggi sebanyak 372 meter daripada bangunan paling tinggi yang ada di Phnom Penh sekarang.


Sino Great Wall International dan Kumpulan Wuchang Shipbuilding Industry memperoleh kontrak membina menara berkenaan dengan bidaan sebanyak AS$2.7 bilion (RM12 juta).

Projek itu juga disokong oleh syarikat tempatan, Kumpulan Thai Boon Rong dan Kumpulan Sun Kian Ip dari Macau.

Pembinaan akan bermula sejurus selepas syarikat terbabit memuktamadkan perjanjian pembiayaan mereka dan ia dijangka siap lima tahun selepas itu.

Menara berkembar itu yang akan dibina di tebing Sungai Mekong akan mengandungi hotel mewah, apartmen, ruang pejabat dan kawasan perniagaan selain dilengkapi dewan pameran, pawagam dan restoran.

Dengan ketinggian 560 meter, menara Phnom Penh itu akan menjadi bangunan kelima teringgi di dunia.

Bagaimanapun, sebuah akhbar tempatan menulis, ia tidak pasti sama ada Phnom Penh boleh menampung kehadiran pencakar langit.

Bangunan tertinggi di bandar raya itu ketika ini, Vattanac Capital yang siap pada 2014 masih kosong.

Satu lagi projek besar, Gold Tower 42, yang dibina sejak 2008 kini berdepan dengan masalah untuk disiapkan. - Agensi
 
Copyright © 2014 PenangKini.