BREAKING NEWS

Friday, 20 January 2017

Mengapa Projek Forest City 'Diserang' Media Barat dan Apakah Peranan Tun Mahathir?



1. Projek Forest City yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia, sebenarnya secara tidak disedari ramai sedang diserang oleh gergasi media ekonomi, Bloomberg.


2. Artikel Bloomberg yang digunakan oleh Tun Mahathir untuk menyerang Forest City mempunyai muslihat yang tersembunyi dalam usaha untuk menggagalkan projek tersebut.


3. Mengapa projek Forest City ini diserang?


4. Sebab utama adalah kerana ia merupakan pesaing utama sebuah lagi hub ekonomi terbesar di rantau ASEAN iaitu, Singapura.


5. Persaingan ini telah dianggap ancaman ekonomi terbesar kepada Singapura dan mereka menggunakan pengaruh media yang ada untuk memburuk-burukkan projek Iskandar Malaysia melalui ulasan ekonomi, artikel dan sebagainya.


6. Situasi ini hampir sama yang dihadapi oleh 1MDB apabila mereka diserang oleh media ekonomi sewaktu hendak menerbitkan IPO pada tahun 2013 yang lepas.


7. Sebelum itu, kita lihat dahulu siapakah yang menulis artikel Bloomberg yang bertajuk $100 Billion Chinese-Made City Near Singapore 'Scares the Hell Out of Everybody' yang diterbitkan pada 16 November 2016.





8. Penulis artikel tersebut adalah Pooja Thakur Mahrotri En Han Choong dan dibantu oleh Emma Dong yang mana Pooja dan Han Choong merupakan jurnalis ekonomi yang berpangkalan di Singapura, manakala Emma Dong jurnalis Hartanah Bloomberg berpangkalan di China.


9. Penulis yang menjadi tumpuan adalah En Han Choong yang kebanyakan daripada artikel beliau mengkritik ekonomi Malaysia dan juga bertanggung jawab terhadap beberapa artikel menyerang 1MDB, pasaran saham Malaysia malah turut mengulas tentang politik Malaysia termasuk kepimpinan YAB Perdana Menteri.



10. Projek Forest City dan Iskandar Malaysia sebenarnya telah mendapat ancaman daripada Singapura sendiri yang memperlihatkan banyak media mengulas tentang pengalihan palaburan daripada Singapura kepada Malaysia.





11. Tindakbalas daripada Singapura juga telah dijangkakan oleh pelabur dan kebanyakkan daripada mereka sedar dan bersedia tentang perkara ini.




12. Malah, beberapa komentator rancangan televisyen di Taiwan mengulas bahawa pelaburan China akan membahayakan pegangan ekonomi Singapura.

13. Ada juga penganalisis ekonomi rantau Asia berpendapat bahawa pelaburan China ini merupakan satu 'hukuman' terhadap Singapura kerana memihak kepada Amerika Syarikat dalam banyak perkara terutamanya tentang pertikaian Laut China Selatan.teruskan membaca disini...
 
Copyright © 2014 PenangKini.