BREAKING NEWS

Thursday, 26 January 2017

Najib Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Kepada Kaum Cina

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat berbangsa Cina di negara ini.

Perdana Menteri berkata semoga tahun baharu ini membuka rahmat yang lebih baik untuk negara.

"Dalam keadaan di mana kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain, pasti kita dapat membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih berjaya, lebih maju dalam keadaan yang lebih harmoni...Gong Xi Fa Cai!," katanya melalui video ucapan yang dimuat naik dalam laman Twitter dan Facebook beliau, malam ini.

Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut pada Sabtu dan Ahad ini.BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.