BREAKING NEWS

Monday, 23 January 2017

Netizen kecewa Bahasa Melayu dihina pengguna Facebook bangsa Cina


Netizen meluahkan kekecewaan sekaligus mengecam kenyataan melampau pengguna Facebook berbangsa Cina ekoran komennya yang menghina Bahasa Melayu.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir semalam, seorang lelaki berbangsa Cina yang menggunakan nama Seang Ang menyifatkan Bahasa Melayu sebagai tidak berguna.

Malah, lelaki itu turut mendakwa menggunakan bahasa Inggeris ketika berkhidmat di sektor kerajaan, sedangkan Bahasa Melayu hanya diguna pakai oleh pegawai berpangkat rendah sahaja.

“Saya tidak boleh terima penghinaan terhadap Bahasa Melayu seperti ini. Useless language? Bahasa ‘pegawai rendah?,” kata Dr Abdul Rahman dalam kenyataan yang dimuat naik bersama gambar berkenaan.

Gambar berkenaan telah dikongsikan oleh lebih 300 pengguna Facebook lain, yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan marah terhadap penghinaan lelaki itu.

Kebanyakan mereka menyifatkan komen individu itu sebagai menghina Perlembagaan negara dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sekaligus melucutkan status kewarganegaraannya.

“Penghinaan terhadap bahasa kebangsaan, tarik sahaja taraf kewarganegaraan dia,” kata pemilik akaun, Hazlyn Ismail.

Pemilik akaun, Ismi Mimy berkata, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan supaya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dihapuskan.

Katanya, kewujudan sekolah vernakular tidak membawa kepada perpaduan bangsa sebaliknya terus melahirkan kumpulan rasis dan anti sesama kaum.

“Perancis guna bahasanya, begitu juga Sepanyol. Malaysia guna Bahasa Melayu. Hina Bahasa Melayu bermakna hina Malaysia,” kata Muhsin.

“Majlis istana dan Parlimen guna bahasa apa, di serantau Indonesia guna bahasa apa? Boleh dibalas moyang China dan India yang lari ke Tanah Melayu ni ‘low class’ jenis kuli, sedarlah diuntung dengan sikap toleransi orang Melayu.

“Kami tak susah hati kamu kaya raya, duduk rumah besar, pakai kereta besar TAPI jangan hina dan pijak kepala kami kerana duduk pondok kereta buruk, makan lebih kurang kalau tak mahu kepala berpisah daripada badan,” kata Othman Ahmad.

 
Copyright © 2014 PenangKini.