BREAKING NEWS

Monday, 2 January 2017

Netizen kritik ‘wefie berani mati’ di Jambatan Pulau Pinang

Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang mengambil gambar ‘wefie’ secara berbahaya di lorong kecemasan di Jambatan Pulau Pinang dikutuk di Internet.
Menurut laporan AsiaOne, sekumpulan 9 individu mengambil wefie di atas jambatan itu pada Sabtu, meskipun tahu bahayanya apabila berbuat begitu.

Gambar kumpulan itu sedang merakamkan gambar wefie dimuat naik ke Facebook. Dalam gambar itu, seorang penunggang motosikal berdiri di atas tembok jambatan, sementara yang lain bergaya di lorong kecemasan.

Ada pengguna Facebook berkata penunggang motosikal terbabit terdedah kepada bahaya terjatuh dari jambatan dan lemas jika angin kuat.
Dalam laporan itu, Ketua Polis George Town Mior Faridalathrash Wahid berkata walaupun aksi kumpulan itu bahaya, ia bukan tindakan jenayah dan tidak pernah laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

Sejak akhir-akhir ini, sejumlah kejadian selfie hingga membawa maut dilaporkan di seluruh dunia. Malah, Hindustan Times semalam melaporkan seorang pelajar kejuruteraan berusia 21 tahun meninggal dunia selepas dilanggar kereta api ketika sedang selfie.

 
Copyright © 2014 PenangKini.