BREAKING NEWS

Monday, 23 January 2017

NGO Rafizi Rupanya Dalang Panggilan Telefon Kaji Selidik PRU14

BN ternyata tidak terlibat dengan tinjauan melalui telefon yang mencetuskan kegemparan di media sosial dalam akhir tiga minggu ini.
Sebaliknya, tinjauan yang ingin tahu siapakah pilihan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang, digerakkan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melalui NGO Invoke Centre for Policy Initiatives (I-CPI).
Tinjauan dari 25 Disember 2016 hingga 17 Januari tahun ini, mencetuskan kebimbangan sebahagian responden apabila mereka mendengar rakaman suara wanita yang bertanya sama ada BN patut dipersalahkan susulan peningkatan kos hidup.
Ini diikuti oleh soalan sama ada mereka akan mengundi BN, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PAS. Begitu juga dengan soalan berkaitan kaum, jantina dan umur mereka.
Terdapat responden menyangka mereka sedang diintip oleh BN dan mula menyebarkan mesej melalui media sosial dan WhatsApp dalam perbagai bahasa supaya orang ramai mematikan telefon atau berisiko dipadam daripada daftar pemilih.
Bagaimanapun, I-CPI tetap berjaya mendapatkan reaksi 104,340 daripada 8.36 juta nombor telefon yang dihubungi.

 
Copyright © 2014 PenangKini.