BREAKING NEWS

Tuesday, 24 January 2017

Palsu! JPJ Nafi Larang Uber Dan Grabcar Perbaharui Cukai Jalan

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai mesej disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp yang kononnya dikeluarkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), melarang kenderaan yang terbabit dengan kegiatan Uber dan GrabCar memperbaharui cukai jalan.

 JPJ semalam bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa mesej yang disebarkan itu adalah tidak benar sama sekali.

Dalam satu kenyataannya semalam, JPJ membenarkan kenderaan yang terbabit dengan kegiatan Uber dan GrabCar untuk memperbaharui cukai jalan dengan syarat iaitu mempunyai insurans yang sah dan tidak disenarai hitam.


"JPJ ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah.

"Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu berkenaan," katanya
 
Copyright © 2014 PenangKini.