BREAKING NEWS

Tuesday, 17 January 2017

Pasport Malaysia ke-5 paling diiktiraf di dunia

Pasport Malaysia membolehkan pemegangnya berkunjung ke 153 buah negara tanpa keperluan permohonan visa, menempatkan dokumen perjalanan Malaysia itu di tangga ke-5 pasport paling diiktiraf seperti kebanyakan negara maju.
Hasil kajian terbaharu Index Pasport sedunia oleh firma penasihat kewangan global Arton Capital, melibatkan 199 pasport, turut mendapati pasport Malaysia setanding dengan Ireland, Canada dan New Zealand, malah lebih diiktiraf berbanding Australia di tangga ke-6.


Di tangga teratas ialah pasport Jerman yang membolehkan seseorang mengunjung 157 buah negara tanpa keperluan visa, diikuti Singapura dan Sweden (156 negara).
Antara negara di tangga paling bawah termasuk Bangladesh, Sri Lanka, Sudan Selatan, Habsyah, Somalia, Syria, Iraq, Pakistan dan Afghanistan.
Indeks itu bertujuan menentukan kuasa pasport sesebuah negara, dengan mengambil kira sama ada pemegangnya perlu memohon visa lawatan.
Prestasi Indeks Pembangunan Manusia di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut digunakan dalam mengukur nilai sesebuah pasport.
 
Copyright © 2014 PenangKini.