BREAKING NEWS

Thursday, 12 January 2017

Pemimpin Islam lebih hina dari babi – RajaMohdShahrim


KERANA bersifat taksub terhadap sesuatu perkara, tak mustahil seseorang manusia akan melakukan perbuatan dan kenyataan yang tidak masuk dek akal dan keimanan seseorang.

Apatah lagi apabila ketika mana zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak ini merupakan zaman dimana maklumat terlalu mudah tersebar dan diperoleh dari laman media sosial, khususnya.

Malahan lebih teruk lagi apabila laman media sosial juga dijadikan tempat untuk menabur fitnah, kebencian dan propaganda dalam ‘melacur’ minda anak muda kita.

Tertarik dengan satu status di laman twitter bernama Raja Mohd Shahrim, pemiliknya memuatnaik pengakuan yang agak keterlaluan bagi seorang menusia biasa.

Akaun laman twitter yang menyokong parti pembangkang itu membayangkan parti Umno sebagai suatu yang keji melalui penggunaan hashtag ‘BabilebihMulia.. .




Tindakan penyokong pembangkang itu dilihat amat keterlaluan di masa parti Umno sedang mendapat pilihan oleh majoriti berbangsa Melayu di negara kita.

Beginilah sikap dan ‘atittude’ sebenar para penyokong pembangkang yang tidak menggunakan fakta dan pemikiran aras tinggi dalam mempertikaikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno.

Jika ini yang menjadi didikan parti pembangkang di Malaysia, maka terjawablah sudah persoalan kenapa Pakatan Harapan yang dikuasai DAP sentiasa dikalahkan oleh Umno-Barisan Nasional di setiap pilihan raya umum diadakan
 
Copyright © 2014 PenangKini.