BREAKING NEWS

Wednesday, 25 January 2017

Pengurangan Hutang Sehingga 95% , Adakah Kerajaan DAP P.Pinang Benar-Benar Lakukannya ?




Telah banyak kali isu tentang kelemahan kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP didedahkan kepada umum.Sejak 2008 sehinggalah 2017 , DAP selaku parti paling berkuasa dalam pola politik kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah sekali pun mengaku kelemahan mereka sebaliknya lebih banyak menyerang kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional sebagai kerajaan korup dan tidak berintegriti.

Hampir 6 tahun lebih DAP bukan sahaja mengaku Pulau Pinang semakin maju di bawah pembangkang tetapi memperlihatkan angka sebagai jaminan bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik dan mahu supaya ianya dijadikan contoh oleh kerajaan persekutuan.

Ramai sebenarnya yang terpesona dengan segala macam sogokan berbau harum itu walaupun pada hakikatnya ianya tidaklah seperti mana yang disangkakan.

Barangkali kerana terlalu alpa dengan permainan angka akhirnya kerajaan DAP Pulau Pinang mula dihimpit masalah yang sudah pun menjejaskan reputasi pentadbiran kerajaan negeri termasuklah imej Ketua Menterinya sendiri.

Lim Guan Eng sebelum ini merupakan antara pemimpin DAP yang paling lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan persekutuan sebagai bersifat perkauman dan terlibat dalam urusan berunsur rasuah.Banyak agensi-agensi kerajaan persekutuan diserang oleh agen-agen pembangkang termasuk dari kalangan pemimpin Pakatan Haprak sehingga ramai dari kalangan penduduk mula percaya dan akhirnya menyebabkan suasana panik.

Namun memasuki tahun 2016 sehinggalah ke hari ini , Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak lagi seselesa dahulu.Banyak kelemahan perancangan dan tindakan bersifat "double standard" kerajaan negeri didedahkan kepada umum satu persatu.

Keadaan semakin parah apabila Guan Eng selaku Ketua Menteri menghadapi pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah.Isu pembelian banglo terlajak murah yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya itu ternyata menjadi titik tolak kepada kesedaran hampir seluruh rakyat Pulau Pinang sendiri bahawa apa yang diwar-warkan oleh pemimpin DAP itu tidaklah seperti mana yang dipraktikkannya.

Dengan pelbagai kelemahan perancangan mega yang dilihat hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu , kerajaan DAP Pulau Pinang kini tidak lagi mampu untuk terus berbohong kepada rakyat.

Kesan daripada kelemahan demi kelemahan inilah yang telah membuka mata semua pihak untuk meneliti tiap perkara yang diwar-warkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jika sebelum ini Guan Eng mengaku bahawa kedudukan ekonomi negeri Pulau Pinang adalah yang terbaik dan jauh mengatasi kedudukan ekonomi kerajaan persekutuan itu sendiri , kini segala-galanya sudah mula terdedah.

Permainan licik DAP untuk mengaburi mata rakyat kini tidak lagi mampu menutup pembohongan kononnya mereka mengamalkan tadbir urus yang baik sehingga mampu mengurangkan jumlah hutang sehingga ke paras 95%.

Sebenarnya apa yang dimomokkan itu bukanlah pengurangan hutang tetapi hutang yang cuba disembunyikan dengan meminta Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih hutang dan kemudian membayar pajakan tahunan kepada Kerajaan Persekutuan bagi tempoh lebih 40 tahun dengan jumlah yang sama.

Kalau berdasarkan kepada situasi diatas jelas ianya bukan pengurangan hutang sebaliknya hutang yang cuba disandarkan kepada pihak lain supaya jumlah hutang yang besar itu tidak wujud dalam mana-mana laporan.

Tipu helah untuk menyembunyikan angka sebenar !

Dalam pada itu, pemimpin DAP dan Penang Institute sekarang ini mula berdiam diri selepas Liang Teck Meng dari Gerakan telah menerima cabaran Lim Guan Eng dan menggunakan laporan Ketua Audit Negara untuk membuktikan Pulau Pinang telah meningkatkan peruntukan 3 kepada 5 kali bagi meningkatkan perbelanjaan dan melaporkan lebihan (surplus) perbelanjaan hasil daripada jualan besar-besaran aset negeri dan manipulasi terhadap lain-lain akaun pemegang amanah negeri untuk diletakkan sebagai hasil pendapatan negeri.

Lebihan (surplus) dalam bajet negeri ini merupakan satu lagi propaganda DAP Pulau Pinang yang terus digunakan bagi menunjukkan kononnya kehebatan “tadbir urus yang baik” kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengaku mengamalkan dasar Cekap , Akauntibiliti dan Telus , Pulau Pinang seharusnya tampil dengan wadah yang lebih menyakinkan bukan dengan siri pembohongan untuk kepentingan politik semata-mata kerana ianya bukan sahaja tidak menguntungkan rakyat di bawah tetapi menjadikan mereka sebagai mangsa keadaan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.