BREAKING NEWS

Thursday, 12 January 2017

Penyokong Pembangkang Berpesta Kematian Adenan Satem



Ramai yang meratapi pemergian Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem tengah hari semalam. Bagi rakyat Sarawak, pemergiannya merupakan satu kehilangan yang cukup besar yang amat sukar diganti. 

Namun, disaat ramai yang masih meratapi pemergian Allahyarham, ianya seperti berita yang harus diraikan secara besar-besaran oleh penyokong pembangkang. Seolah-olah mendapat berita baik, kelompok biadab ini sanggup membuat status dan komen di laman sosial Facebook masing-masing yang mempersendakan kematian Allahyarham.

Seolah-olah sudah hilang rasa simpati dan kemanusiaan, mereka menyambut berita ini dengan kegembiraan. Malah ada diantaranya mencaci kematian Allahyarham seolah-olah sudah tiada lagi perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Beberapa print screen yang dilakukan mendapati, kelompok ini kesemuanya datang dari para penyokong pembangkang dimana hampir 70 peratus daripadanya datang dari kaum Cina yang menjadi penyokong tegar DAP. Dimanakah sikap saling hormat menghormati yang sekian lama menjadi identiti rakyat Malaysia?

Sangat jelas di sini bahawa apa yang mereka lakukan ini boleh dianggap sebagai ajaran yang disemai oleh pembangkang sejak sekian lama. Bayangkan apabila mereka memerintah kelak, apa akan jadi pada negara jika hal kematian seumpama inipun mereka angkat seperti satu pesta yang harus diraikan.

Bayangkan, andai pemimpin ulung mereka seperti Lim Kit Siang, Mahathir Mohamad, Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim atau sesiapa pun di dalam Pakatan Harapan menemui ajalnya dan orang ramai menyambut kematian mereka dengan sorak sorai dan ada yang sanggup berparti meraikan kematian mereka. Apa reaksi yang mereka akan tunjukkan?

Paling menghairankan, masih ada kaum Melayu yang begitu buta dan bodoh menyokong apa yang mereka lakukan. Adakah Islam dan adat Melayu itu sendiri mengajar mereka berubah menjadi terlalu biadab seperti ini? Bangsa Melayu apakah mereka ini sehingga sanggup berkelakuan biadab dan penuh sial yang langsung tidak menghormati sensitiviti orang lain?
 
Copyright © 2014 PenangKini.