BREAKING NEWS

Thursday, 26 January 2017

Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam

Sekarang musim buah limau mandarin disebabkan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Ramai yang dapat buah limau mandarin percuma. Nak pula yang kerja dengan syarikat yang menyambutnya. Apatah lagi yang bekerja di bahagian yang berurusan dengan pembelian dan penjualan. Melimpah ruah dapat buah ni.... Kalau tidak pun beli kat pasaraya... hihi

Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam
Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam

Buah limau mandarin yang sinonim dengan Tahun Baru Cina ni kalau manis memang sedap di makan. Tetapi adakalanya terjumpa juga yang masam mencuka. Dah kurang sedap rasanya.... jangan di buang atau di biarkan begitu saja sehingga busulk. Ada petua yang boleh mengurangkan rasa masam dan memaniskan buah ni. Barulah sedap jadinya.

Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam


Isikan air suam kedalam sebuah bekas. Lepas tu, masukkan buah limau mandarin yang masam tu. Masukkan buah tu selama 10 minit. Tak perlu lama sangat. Keluarkan buah tu dan bolehlah di makan. Nak makan sejuk, boleh di simpan dalam peti sejuk sebentar. 

Hasilnya, buah limau mandarin akan menjadi manis atau kurang masam dari seperti sebelumnya. Bolehlah makan banyak-banyak tapi jangan berlebihan pula nanti sakit tekak dan hilang suara. 'Happy Chinese New YEAR' untuk yang menyambutnya... dan selamat bercuti!
 
Copyright © 2014 PenangKini.