BREAKING NEWS

Monday, 30 January 2017

Pondan Malaysia Menang Anugerah Ratu Cantik

Anak kelahiran Malaysia, Laeticia Phylliscia Raveena memenangi Pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia 2017 di Melbourne semalam, menewaskan 12 peserta lain.
Berasal dari Kuala Lumpur, Laeticia, seorang chef pastri, memenangi hadiah baucar bernilai AS$15,000 daripada Hospital Kosmetik Kamol, Bangkok.
Menurut laman Facebook Miss Gay & Miss Transeksual Australia Beauty Pageant, Laeticia juga memenangi kategori “Best in Rio Carnival Costume”.
Menurut biografi beliau yang disiarkan dalam Philippine Community Herald bulan lepas, Laeticia menyifatkan dirinya sebagai “kreatif, sensitif, dan wanita transgender yang hidup sejahtera”.
Beliau berkata jika memenangi pertandingan itu, beliau akan menggunakan gelaran yang diterima untuk mempromosikan Rising Star, organisasi yang ditubuhkannya untuk memberi inspirasi kepada wanita transgender berbakat untuk mencapai potensi diri mereka sepenuhnya.
Laeticia juga menyifatkan dirinya sebagai seorang warganegara dunia kerana pernah menetap di beberapa buah negara seperti England, Ireland, Malaysia dan Thailand.
Beliau kini menetap di Melbourne.
Rakannya, aktivis Nisha Ayub, meraikan Laeticia di Facebook, berkata beliau membuat komuniti itu berbangga dengannya.
“Anda layak menjadi ratu,” kata Nisha dalam status yang dikemas kini hari ini.
Laeticia adalah lulusan sekolah masakan terkenal, Le Cordon Bleu. Beliau juga mempelajari selo dan mampu bermain piano dengan baik.
Beliau pernah membuat beberapa persembahan kabaret di seluruh dunia.
Pertandingan berkenaan adalah yang terbesar seumpamanya di Australia, khas untuk penyamar perempuan, transeksual, penghibur “drag queen” dan wanita transgender.

 
Copyright © 2014 PenangKini.