BREAKING NEWS

Sunday, 15 January 2017

RM100,000 bantu pesakit kronik




BUTTERWORTH: Sejumlah RM100,000 diperuntukkan bagi membantu pesakit kronik memerlukan rawatan di kawasan Parlimen Tasek Gelugor sepanjang tahun ini. 

Ahli Parlimennya, Datuk Shabudin Yahaya, berkata pihaknya menerima antara lima hingga lapan kes pesakit kronik memerlukan bantuan setiap hari, terutama dari segi peralatan perubatan seperti kerusi roda dan katil. 

Beliau berkata, pihaknya bersetuju membantu melalui peruntukan khas bagi tujuan kebajikan rakyat. 

"Ada pesakit kronik tidak mampu membeli peralatan disyorkan hospital, maka menerusi lawatan setiap minggu, kita akan cuba membantu," katanya ketika ditemui pada Lawatan Ziarah Pesakit Kronik di kawasan Teluk Air Tawar, di sini, hari ini. 

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid. 

Dalam lawatan itu, Shabudin meluangkan masa hampir dua jam melawat dan menyampaikan bantuan kepada empat pesakit kronik yang juga veteran UMNO yang banyak berbakti kepada masyarakat setempat. - BH
 
Copyright © 2014 PenangKini.