BREAKING NEWS

Friday, 27 January 2017

Sanggupkah PAS Jilat Kahak Seperti Mahathir

Sikap benci Dr Mahathir kepada PAS sejak dahulu hingga sekarang ini terbukti apabila beliau menyatakan,Mereka mendakwa berjuang untuk orang Melayu. Sebenarnya mereka sokong Najib. Mungkin mereka terima dedak ketika bercakap di konvensyen pertama Pakatan Harapan di Shah Alam.

Kenyataan itu untuk parti mana kalau bukan PAS dan terbukti pada ucapan itu Dr Mahathir juga berkata ,Anda tak boleh kata tak mahu sertai Pakatan kerana DAP salah satu parti komponennya. Itu bukan alasan sebenar,dan hari ini antara sebab PAS tidak menyertai Pakatan Harapan adalah kerana DAP bersama barisan Pakatan Harapan.
Seperti di lapor Sinar Harian atas talian,Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan kerjasama PAS dan PPBM buat masa ini belum ada kata putus muktamad kerana masih menilai kenyataan-kenyataan terdahulu berhubung parti PAS sebelum ini.

Umumnya tahu Dr Mahathir amat benci kepada Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang termasuk pemimpin PAS,takkan hal ini pemimpin PAS yang masih ada telah melupainya kerana mahu bergabung untuk tumbangkan Barisan Nasional(BN).Takkan PAS nak ikut jilat kahak yang pernah diludah pada DAP sebagaimana Dr Mahathir lakukan.
Keseluruhan pemimpin PAS perlu tahu apa yang mereka boleh suara setelah ada sikit kuasa di Selangor dari hasil kongsi kuasa,sedangkan rumah-rumah maksiat bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan,tetapi lidah pemimpin PAS kelu dan bisu malah bersikap pekak badak.

Sedangkan semasa PAS masih pembangkang di Selangor pemimpin PAS sangat hebat mengkritik Barisan Nasional termasuk isu arak di 7 Eleven.
Dataran MBSA Shah Alam semasa BN memerintah Selangor digelar dataran maksiat,hari ini layak digelar dataran apa?.Untuk itu PAS tak usah bersikap seperti palu tong kosong,bising sana bising sini hasilnya pula kosong.Kata orang muda,gaya lebih markah kosong.

Sekiranya PAS bersama Pakatan Harapan,adakah harapan untuk bersuara secara lantang akan terlaksana?,jawapanya tidak!,kenapa?,lihat sahaja PAS di Selangor hari ini.
Apakah PAS kini takut hilang kerusi yang pernah ditandinginya?kalau itu yang dibimbangi,dimana puncak keyakinan pemimpin PAS kepada Allah,sedangkan dasar perjuangan adalah Islam,hadis dan Quran.

Rakyat Malaysia telah maklum,sebelum title raja u-turn di rampas Dr Mahathir ia disandang oleh pemimpin PAS yang kini masih hidup.
Daripada berjuang untuk mendirikan negara Islam bertukar kepada negara berkebajikan selepas dijerkah DAP.

Kalau pristiwa jerkahan DAP sehingga bertukar perjuang untuk dirikan negara Islam selama puluhan tahun itu PAS telah lupa,maknanya pemimpin PAS mahu rebut balik title raja u-turn ditangan Dr Mahathir.-Hot Kelate
 
Copyright © 2014 PenangKini.