BREAKING NEWS

Thursday, 26 January 2017

Skandal BMF bukan Salah Mahathir Tapi..

Skandal Bank Bumiputra dan anak syarikatnya, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada 1980-an tersebut masih misteri kerana tiada siapa percaya bagi pinjaman sebesar RM 2.5 bilion diluluskan oleh bank milik kerajaan tanpa pengetahuan pentadbiran negara. Nilai tersebut kira-kira RM 10 bilion pada hari ini.
1. Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) cuba memburuk-burukkan beliau dalam skandal BMF dan Bank Bumiputera memang ada kebenarannya. Malah CIA sendiri mengatakan tiadak bukti secara langsung untuk mengaitkan beliau dengan skandal tersebut. Jadi mengapa Mahathir melatah?
2. Skandal Bank Bumiputra dan anak syarikatnya, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada 1980-an tersebut masih misteri kerana tiada siapa percaya bagi pinjaman sebesar RM 2.5 bilion diluluskan oleh bank milik kerajaan tanpa pengetahuan pentadbiran negara. Nilai tersebut kira-kira RM 10 bilion pada hari ini.
3. Walaupun dokumen tersebut mendakwa tiada bukti secara langsung bahawa Dr Mahathir terbabit dengan skandal rasuah itu, ‘dakwaan kaitan George Tan (bekas Ketua Eksekutif Carrian Group) dengan pemimpin Umno’ ketika itu mengaitkan skandal ini dengan Mahathir.
4. Mahathir ketika itu bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri tetapi juga Menteri Perdanganan Antarbangsa (MITI) yang sudah tentu mengawal selia pelaburan di luar negara dan juga pembabitan bank milik kerajaan dalam pinjaman di luar negara.
5. Inilah cara Amerika Syarikat beroperasi. Mahathir tidak bersalah. Ia hanyalah agenda CIA dengan mengaitkan pentadbiran Mahathir. Ini juga apa yang berlaku kepada Najib Razak. Yang kena dakwa orang lain, nama dia “disindirkan” oleh Jabatan Peguam Negara US.
5. Namun yang lebih penting adalah tidak sama membandingkan skandal BMF dan 1MDB.
6. Skandal BMF merupakan skandal kewangan kerana wang sebanyak RM 2.5 bilion (wang kerajaan dan penyimpan) lesap dalam “scam” hartanah di Hong Kong. Ia juga skandal jenayah apabila seorang juruaudit, Jalil Ibrahim, yang menyiasat kes ini telah dibunuh.
7. Sebaliknya, 1MDB belum jadi skandal. Berapa bilion duit 1MDB hilang? Sehingga kini 1MDB menegaskan wang mereka tidak hilang. Siapa yang dibunuh? Tiada juga! Jadi skandal apa?
8. Apa pun Tun Mahathir sepatutnya menjelaskan mengapa BMF dan Bank Bumi yang sepatutnya membantu ekonomi bumiputera mengambil keputusan memberi pinjaman sedemikian besar kepada syarikat di Hong Kong. Ia merupakan misteri yang sangat luar biasa.
9. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri MITI ketika itu. Kemudiannya semasa beliau menjadi Perdana Menteri pinjaman masih diberikan kepada syarikat ini.-MYKMU.NET
 
Copyright © 2014 PenangKini.