BREAKING NEWS

Monday, 30 January 2017

Tahun Baru Cina Bersama Semangkuk Nasi, Dimana Ahli Parlimen ?


Kisah ini dipetik dari siaran New Straits Times “Just a bowl of white rice for Chinese New Year”.

   Kisah Yong Hong Cheng menjadi viral apabila berita mengenainya disiarkan, orang ramai tersentuh melihat keadaan beliau yang hidup dalam serba kekurangan dan tinggal bersendirian setelah terputus hubungan dengan ahli keluarganya.

 Beliau yang tidak berkahwin hidup bersendirian setelah ibubapanya meninggal dunia, beliau yang berusia 71 tahun hanya menyambut Tahun Baru Cina dengan semangkuk nasi putih didalam rumah usangnya.

 Rumah yang sebelum ini tiada bekalan elektrik telah disambungkan elektrik setelah cerita mengenai beliau dibawa ke pengetauhuan adun penanti Yb Nolela (PKR), itu cerita semalam yang berlalu tetapi hari ini didalam menyambut perayaan tahun baru cina ini dimana Ahli Parlimen Permatang Pauh ?

Kenapa masih ada warga emas yang hidup dalam kedaifan menyambut tahun baru cina cuma dengan semangkuk nasi putih ke mana sumbangan Tahun Baru Cina Ahli Parlimen Permatang Pauh ? Adakalanya warga emas ini menerima lebihan makanan dari jiran-jiran untuk dijamah cuma apabila beliau mempunya wang barulah dapat merasai makan lain selain nasi putih kebiasaanya, dimana tanggungjawab sebagai ahli parlimen ?

Kenapakah tidak diusahakan sesuatu bersifat kolektif kekal kepada warga emas ini ? Adakah sekadar menyambung elektrik sudah cukup melunaskan tanggungjawab kita sebagai pemimpin kawasan yang menagih undi kepercayaan dari mereka ini ?

Sebagai ahli parlimen kawasan beliau harus bertanggungjawab terhadap warga emas bukan sekadar hadir diwaktu kita memerlukan undi dengan kata manis kemudian terbiar kulai setelah menang.

 Kasihanilah kehidupan warga emas daif ini, dengar kata bapak angkat parlimen permatang pauh hebat orangnya seorang ketua menteri tetapi sayang warga emas ini terbiar dengan semangkuk nasi putihnya dihari perayaan tahun baru cina.
 
Copyright © 2014 PenangKini.