BREAKING NEWS

Thursday, 12 January 2017

Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang

Inilah antara taman negara yang paling kerap saya kunjungi untuk sessi memanaskan badan kerana kedudukannya terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya. Taman Negara Teluk Bahang ini dibuka pada tahun 2003.




      Ada dua trek utama di taman negara ini iaitu trek ke Pantai Keracut dan trek ke Teluk Duyung. Jika kita trekking ke Pantai Keracut, kita berpeluang melihat 2 lapisan air di Tasik Meromiktik sekiranya bernasib baik. Manakala jika kita trekking ke Teluk Duyung yang juga dikenali sebagai Monkey Beach, kita menyusuri trek hutan tepi laut dan boleh meneruskan trekking ke Rumah Api Muka Head. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam dan camping, Pantai Keracut adalah pilihan yang baik kerana kita dapat menyaksikan matahari terbenam di Pantai Keracut dan terdapat tapak khemah yang luas di sini. Suasana di pantai keracut juga lebih santai, bersih, aman dan banyak kemudahan untuk berkhemah berbanding di Teluk Duyung. Trekking ke Pantai Keracut dan ke Teluk Duyung mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Trek dari pintu masuk di pejabat taman negara ke 2 destinasi di atas melalui dua trek ini amat jelas.


      Pelawat diwajibkan melaporkan diri di kaunter Pejabat Taman Negara Teluk Bahang di pintu masuk sebelum memulakan trekking untuk keselamatan pengunjung. Dari pintu masuk kita akan trekking di laluan yang dibina dan dijaga rapi. Setelah trekking sekitar 10 minit kita akan sampai di persimpangan antara trek ke Pantai Keracut di sebelah kiri atau trek ke Teluk Duyung di sebelah kanan. Meneruskan perjalanan menghala ke Pantai Keracut di sebelah kiri, kita akan mendaki sedikit bukit-bukit kecil di dalam hutan dan menyeberangi beberapa anak sungai dengan meniti titi yang disediakan. Beberapa pondok juga di sediakan untuk berehat di sepanjang trek.





         Di pertengahan trek ke Pantai Keracut terdapat simpang ke Batu Hitam. Jarak perjalanan dari pintu masuk ke Batu Hitam mengambil masa sekitar lima hingga enam jam trekking. Jika kita bercadang ke Batu Hitam, perjalanan haruslah dimulai seawal pagi dan khimat guide amat di cadangkan. Khimat guide boleh diambil di Pejabat Informasi di pintu masuk taman negara.


        Meneruskan trekking ke Pantai Keracut, kita akan menuruni bukit dan akan jumpa Tasik Meromiktik terlebih dahulu. Tasik Meromiktik adalah tasik yang mempunyai 2 lapisan air di dalamnya iaitu air laut dan air tawar, namun fenomana ini amat jarang berlaku. Peristiwa ini akan berlaku di antara bulan April hingga May dan October hingga November iaitu peralihan musim monsun. Difahamkan cuma ada kira-kira 19 tasik Meromiktik sahaja di dunia.

Tasik Meromiktik




       Lima minit meneruskan trekking menyusuri pantai dari tasik Meromiktik kita akan sampai ke Pantai Keracut. Di sini terdapat pejabat pos kawalan pantai, dewan dan kemudahan asas seperti surau, tandas dan tapak khemah yang luas dan bersih. Pantainya juga dijaga bersih, terdapat bangku dan meja didirikan di tepi pantai untuk pengunjung berehat.






Kawasan tapak perkhemahan

Surau
     200 ratus meter meneruskan perjalanan menyusuri pantai dari pantai keracut kita akan sampai di pejabat konservasi dan penerangan penyu. Di sini jika kita bernasib baik, kita berpeluang melihat penyu bertelur pada waktu malam.


Anak penyu  yang baru menetas sebelum dipulangkan ke laut
        Meneruskan trekking dari Pantai Keracut akan membawa kita ke Teluk Kampi. Trekking mengambil masa sekitar 45 minit dan di Teluk Kampi juga terdapat kawasan tapak khemah. Jika kita sering trekking di sini, kadang kala kita akan bertembung dangan pasangan dari Jepun yang menetap di Penang. Mereka sering trekking ke taman negara ini dan membawa pulang sampah yang di tinggalkan oleh pelawat yang tidak bertanggung jawap. Marilah kita menjaga kebersihan Taman Negara Teluk Bahang, jangan sampai ia menjadi tanggung jawap pelawat lain.

Trekker Jepun yang patut dicontohi
      Satu lagi trek di Taman Negara Teluk Bahang ini adalah trek ke Teluk Duyung. Trek ini juga mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit menyusuri jalan hutan tepi laut. Setelah  trekking sekitar 10 minit dari pintu masuk taman negara, kita akan sampai di persimpangan antara trek ke Pantai Keracut dan Teluk Duyung. Memilih trek ke kanan menyusuri pantai 10 minit kemudiannya, kita akan sampai ke Sungai Tukun. Di sini juga terdapat kawasan perkhemahan yang dijaga rapi. Melalui trek ini kita akan ditemani banyak monyet, jadi berhati-hati dan jangan menampakkan makanan yang kita bawa jika enggan diikuti monyet.



      Di kawasan perkhemahan Sungai Tukun juga terdapat kolam untuk mandi dari aliran air sungai, surau, wakaf, bilik air dan tandas. Lantai tapak khemah pula dibina agak tinggi dari tanah berasaskan alas papan untuk mengurangankan lantai khemah dari basah jika hujan. Terdapat juga jambatan gantung di sini namun operasi jambatan gantung ini telah ditamatkan beberapa tahun dahulu.

Kolam mandi


Surau dan wakaf 
 
Tapak khemah
Jambatan gantung yang tidak lagi beroperasi
     Dari Sungai Tukun ini juga kita boleh menembusi trek ke Pantai Keracut sekitar 30 minit melalui trek hutan. Meneruskan perjalanan menyusuri trek tepi laut sekitar 30 minit, kita akan sampai ke pusat menyelidikan USM. Di sini terdapat pusat penyelidikan USM, pantai yang bersih dan sebuah jetty.


Pusat penyelidikan USM
        Meneruskan perjalanan menyusur pantai dan hutan tepi laut, kita akan sampai ke Pantai Teluk Aling dan seterusnya ke Monkey Beach atau lebih dikenali sebagai Teluk Duyung. Di sini terdapat banyak gerai menjual makanan, minuman dan cenderamata. Khemah pula boleh didirikan di tempat yang sesuai sepanjang pantai.


Monkey Beach atau Teluk Duyung



      Berbagai activity juga boleh dilakukan di sini seperti kayak, banana boat, jet ski, ATV dan menunggang kuda. Dari sini Teluk Duyung juga kita boleh menyewa bot jika tidak mampu berjalan pulang.





        Meneruskan trekking dari Teluk Duyung, kita akan ke Rumah Api Muka Head atau dikenali juga sebagai Muka Head Light House. Trekking ke Rumah Api Muka Head mengambil masa sekitar 50 minit secara santai dan trek agak menegak antara 30 hingga 45 darjah melalui trek hutan. Trek jelas dan dijaga rapi dengan membina tangga batu bersimen manakala beberapa pondok rehat juga dibina sepanjang trek ke Rumah Api ini.





      Jarak Teluk Duyung ke Rumah Api Muka Head ini adalah 1233 meter dan waktu lawatan adalah dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang, namun jika kita tiba di rumah api ini sedikit lewat, pengawal masih boleh bertolak ansur dan membenarkan kita melawat. Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan pelawat dibenarkan naik hingga ke tingkat atas untuk melihat pemandangan dari sini dan tiada bayaran dikenakan. Tangga berpusing (spiral) dari batu dibina dibahagian bawah dan di bahagian atas pula tangga kayu mengambil alih.




Permandangan laut dari tingkat tertinggi Rumah Api Muka Head
       Walaupun trekking ke Pantai Keracut dan ke Teluk Duyung agak sukar bagi pelawat yang tidak berupaya atau yang kurang stamina, namun pelawat masih berpeluang ke sini dengan pilihan kedua iaitu menaiki bot sewa pergi dan pulang. Bot boleh disewa di kaunter pengusaha bot yang terdapat di pintu masuk taman negara dengan bayaran sekitar Rm40 sehala ke muka head dan Rm80 sehala ke pantai keracut. Sebuah bot boleh memuatkan seramai 10 orang penumpang. Dalam perjalanan ke Pantai Keracut yang mengambil masa sekitar 30 minit, kita berpeluang menyaksikan batu yang menyerupai objek binatang seperti batu arnab, batu penyu dan batu kepala buaya.

Batu Arnab
Batu Penyu

Batu Kepala Buaya

       Apa yang menariknya Taman Negara Teluk Bahang adalah kedudukannya hanya sekitar sejam lebih dari lapangan terbang antarabangsa dan tiada bayaran permit dan tapak khemah dikenakan.

Nota:
1- Tiada bayaran dikenakan untuk trekking dan berkhemah di taman negara ini.
2- Penunjuk arah (guide) tidak diperlukan kerana trek jelas (cuma trek ke Batu Hitam dicadangkan mengambil guide)
3- Tambang bot untuk ke Pantai Teluk Duyung adalah Rm40 sehala untuk sebuah bot / 10 orang (Malaysian)
4- Tambang bot ke Pantai Keracut Rm80 sehala untuk sebuah bot / 10 orang (Malaysian)
5- Taman negara ini juga boleh dikunjungi malalui pintu masuk kedua iaitu di Kuala Sungai Pinang.
6- Jika memandu kereta ke sini terdapat pakir berbayar di sebelah kaunter sewa bot.
7- Sekiranya menaik bas, boleh ambil bas dari Gorgetown. Bas Rapip no 101 hingga ke pintu masuk taman negara.

 
Copyright © 2014 PenangKini.