BREAKING NEWS

Thursday, 5 January 2017

Tidak Perlu Banyak Bukti, Kit Siang Patut Jawab Dulu Kenapa Pilih Kon Yeow Ganti Guan Eng?



KUALA LUMPUR, 5 Jan – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin berkata tidak perlu kemukakan banyak bukti tentang betapa rasisnya parti Dap cukup sekadar Penasihat Dap, Lim Kit Siang menjawab terlebih dahulu persoalan kenapa mereka tetap melantik Chan Kon Yeow sebagai pengganti Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, sedangkan ada dua Timbalan Ketua Menteri berbangsa Melayu dan India di negeri tersebut?
Tegasnya kenyataan Kit Siang yang cuba menafikan Dap sebuah parti rasis sebaliknya mendakwa parti tersebut merupakan sebuah parti pelbagai kaum  merupakan satu tindakan yang sia-sia dan  seolah-lah mahu memperbodohkan rakyat di negara ini.
Menurut beliau, biar apa juga sekali alasan yang diberikan oleh pemimpin Dap namun ia tidak dapat menutup atau menidakkan fakta bahawa Dap selama ini semenangnya adalah sebuah parti yang hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.
“Saya hairan dengan kenyataan penasihat Dap itu. Apakah Kit Siang menganggap rakyat bodoh dan boleh menerima bulat-bulat dakwaan kononnya Dap bukan parti rasis? Dan apakah Kit Siang rasa rakyat di negara ini buta daripada melihat tindak tanduk dan kenyataan pemimpin Dap yang amat suka mempermainkan sentimen sensitif seperti agama dan kaum selama ini?
“Jika benar Dap adalah sebuah parti pelbagai kaum, mengapa mereka tetap melantik Chan Kon Yeow sebagai pengganti Guan Eng, sedangkan ada dua Timbalan Ketua Menteri berbangsa Melayu dan India di negeri tersebut?  Jika benar mereka tidak rasis, mengapa Dap tidak lantik pemimpin Melayu atau India untuk menggantikan tempat Guan Eng sebagai ketua menteri?
“Saya rasa Kit Siang tidak payahlah nak cabar mana-mana pihak untuk buktikan bahawa Dap itu sebuah parti rasis kerana sudah terlalu banyak bukti daripada tindak tanduk dan kenyataan kepimpinan mereka selama ini yang menggambarkan sikap rasis dan cauvinis mereka. Bagaimana pula dengan ahli jawatankuasa parti yang 90 peratusnya terdiri daripada orang-orang Cina?,” tegasnya.
Tambah Jasmin yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong, tindakan pemimpin Dap yang cuba untuk membuang imej parti rasis dan cauvinis itu hanyalah perbuatan yang sia-sia kerana sikap dan kenyataan kepimpinan Dap tidak pernah berubah.
“Bagi saya Dap tidak pernah berubah. Baik dari sudut ideologi politiknya dan juga pemimpin daripada dinasti Lim yang masih kekal menerajui parti tersebut. Saya yakin rakyat di negara ini, khususnya sebahagian besar orang Melayu di negara ini mempunyai pandangan yang sama dengan saya.
“Perjuangan Dap dengan gagasan Malaysian Malaysia untuk hak-hak samarata antara rakyat adalah satu gagasan perjuangan yang tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu di negara ini. Gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangan Dap adalah satu gagasan yang tidak adil, mengenepikan fakta-fakta sejarah serta melanggar perjanjian sosial kontrak yang telah dipersetujui oleh kaum Cina dan India bersama pemimpin Melayu yang  telah dimeterai sebelum merdeka.
“Sebab itu saya katakan, tidak usahlah pemimpin Dap berpenat lelah dan menghabiskan masa mereka untuk membuang imej rasis dan cauvinis yang telah menjadi imej kekal parti tersebut selama ini.
“Perbuatan mereka itu saya sifatkan sia-sia kerana rakyat, khususnya bangsa Melayu tidak akan lupa segala tindak tandu, kenyataan dan pendirian kepimpinan Dap selama ini berhubung Islam dan orang Melayu yang sebenarnya sudah terlalu banyak mengguris hati orang-orang Melayu itu sendiri,”ujarnya.


 
Copyright © 2014 PenangKini.