BREAKING NEWS

Friday, 13 January 2017

Tunjuk Bukti Atau Parti Mahathir-Muhyiddin Akan Terkubur.



Apakah parti PPBM dapat menunjukkan bukti atau mereka berbohong sahaja?

Sebelum ini, MiM telah menulis artikel bertajuk 200 Keluar Parti : Parti Bungaraya PPBM Bohong. Ianya tentang parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri Pulau Pinang yang mendakwa 200 ahli UMNO dari Kampung Tok Sani parlimen Bagan telah melompat masuk parti PPBM.

Bagaimana pun, ianya pembohongan belaka seperti yang didedahkan oleh Dato' Dr Ir Shaik Hussein ketua UMNO Bahagian Bagan. Penafian beliau ini telah menyebabkan ramai ahli PPBM negeri yang melenting kepanasan di dalam media sosial. Mereka juga marah kepada MiM.

Shaik Hussein juga telah menawarkan parti PPBM sebanyak RM200,000, jika mereka mampu menyenaraikan 200 nama berserta salinan kad pengenalan ahli UMNO Kampung Tok Sani yang kononnya masuk parti bungaraya itu. Malangnya, parti PPBM Pulau Pinang masih belum mendedahkan butiran ahli sehingga ke hari ini.

“Malah, gimik dilakukan penyelaras PPBM Bagan Shaharudin Saad, yang berkata beliau juga boleh menunjukkan borang dan rumah bekas ahli Umno Tok Sani, tidak sedar, membuktikan beliau hanya cuba memesongkan perhatian daripada ketidakupayaan berbuat demikian.
"Jika tidak boleh, saya hanya meminta mereka menderma RM200 kepada sebuah masjid di Bagan.” tambah Shaik Hussein lagi.-Teruskan Membaca DISINI :MiM
 
Copyright © 2014 PenangKini.