BREAKING NEWS

Thursday, 26 January 2017

Yayasan Al Nasmir bantu tiga beradik yatim piatu



Alhamdulilah semalam Dato Kadhar Shah pemilik rangkaian Nasi Kandar Nasmir bersama isteri sempat melawat 3 beradik yang kematian ibu bapa mereka akibat denggi di Taman Seri Delima, Juru .
Sumbangan beliau disalurkan melalui YAYASAN AL-NASMIR kepada keluarga tersebut. Sumbangan berupa makanan, wang tunai, kad VIP makan percuma selama setahun dirangkaian Nasmir, bantuan bulanan RM 600 serta AIA Medical kad kepada 3 beradik tersebut termasuk peluang pekerjaan.


Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan kesedihan mereka & sama-sama kita doakan semoga Dato Kadhar terus dimurahkan rezeki untuk membantu insan memerlukan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.