BREAKING NEWS

Monday, 13 February 2017

Pemimpin DAP hanya tahu berkokok

Ketua menteri Melaka berkata tindakan 4 pemimpin DAP negeri itu keluar parti menjadi isyarat supaya pemimpin tertinggi parti pembangkang berkenaan tidak menuduh pemimpin lain teruk.
Datuk Seri Idris Haron berkata pemimpin tertinggi DAP seperti Lim Guan Eng lebih banyak bermain politik daripada menjaga kebajikan rakyat.

“DAP tidak boleh kata orang lain teruk, kerana dia ibarat berkokok keliling kampung kata bersikap terbuka tetapi sebenarnya di ekor penuh tahi,”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 4 pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan 3 Adun Melaka iaitu Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang) keluar DAP hari ini.

Empat pemimpin terbabit bertindak sedemikian kerana hilang keyakinan terhadap Lim dan kepimpinan tertinggi parti dalam mengendalikan isu luaran dan dalaman parti.
Idris berkata sepanjang menjadi ketua menteri beliau pernah melihat Goh dipecat sebagai ketua pembangkang di DUN Melaka hanya kerana memberi komen membina dan memuji kepimpinannya.

“Kepimpinan DAP yang saya nampak pada hari ini tidak seperti Goh. Dia lebih berfikiran terbuka dan jujur dalam bekerja, selain dia seorang yang baik,” katanya.

Idris turut mendedahkan sebenarnya berlaku perpecahan dalam kalangan ahli DAP Melaka sehingga menyebabkan Lim lari dari Melaka dan bertanding di Pulau Pinang.
“Goh dulunya pesaing kuat Lim. Mereka pernah bersaing dan Lim kalah di Melaka dan lari ke Pulau Pinang sehinggalah jadi ketua menteri Pulau Pinang.

“Saya kira, ketua pembangkang Melaka (ketika ini) anak didik Lim, dan Lim itu kesumat dendamnya tinggi,” katanya.

Di Melaka, BN memegang 4 daripada 6 kerusi Parlimen dan 21 daripada 28 kerusi DUN.
Selepas 4 wakil rakyat berkenaan keluar DAP hari ini menjadikan pembangkang di Melaka hanya memegang 4 kerusi saja pada masa ini.

FMT
 
Copyright © 2014 PenangKini.