BREAKING NEWS

Wednesday, 1 February 2017

Adakah ini satu lagi bentuk slogan Pulau Pinang "Heng, Ong, Huat"?




Timbalan Setiausaha Organisasi Belia MCA Ong Han Beng membidas Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ketidakcekapan - Pulau Pinang mengalami banjir dan tanah runtuh semasa Tahun Baru Cina. Adakah ini satu lagi bentuk slogan Pulau Pinang "Heng, Ong, Huat"?

"Pada hari keempat Tahun Baru Cina, hanya beberapa jam hujan lebat sahaja telah mengakibatkan banjir di Relau dan tanah runtuh di cerun bukit berhampiran Sri Ivory di Bandar Baru Air Itam pada pukul lapan malam. Selain daripada batu runtuh yang menghancurkan dua buah kereta, bunyi kuat telah menakutkan penduduk-penduduk setempat.

"Kenapa Pulau Pinang sekarang tidak boleh tahan hujan? Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini sahaja mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menyelesaikan masalah banjir di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.  Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang juga telah mengumumkan peruntukan RM150 juta untuk pelan tebatan banjir. Tetapi kerajaan Pulau Pinang masih tidak dapat menyelesaikan masalah banjir? Di mana perginya jumlah besar wang ini? "

Ong Han Beng juga merupakan Pengerusi Belia MCA Bukit Gelugor. Beliau berkata selama 9 tahun ini, rakyat hanya tahu ketidakcekapan kerajaan Pulau Pinang, dan akibat mereka bersekongkol pemaju untuk membangunkan kawasan bukit!

"Banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang bukan bencana alam, tetapi bencana buatan manusia. Bukit Relau di Pulau Pinang secara haram dieksploitasi pada Pilihan Raya Umum yang lalu, menyebabkan bukit hijau ini telah menjadi "bukit botak ". Tetapi pemaju hanya didenda RM30,000. Para pengarah syarikat juga tidak disenarai hitam.

Katanya, walaupun sejumlah besar wang telah diperuntukkan, kerajaan Pulau Pinang masih tidak dapat menjalankan kerja mitigasi untuk menyelesaikan masalah banjir. Jika kerajaan Pulau Pinang semata-mata tidak mempunyai keupayaan untuk mentelesaikan masalah ini, ia mesti segera merekrut pakar-pakar dan badan bukan kerajaan untuk menubuhkan satu Pasukan Tindakan Banjir Pulau Pinang untuk mengenal pasti punca banjir dan memastikan MBPP kerap memeriksa semula pelan pembangunan yang telah diluluskan.

"Saya menggesa Kerajaan Negeri supaya jangan menyalahkan bencana alam. Banjir dan tanah runtuh adalah akibat daripada kegagalan rancangan pembangunan mereka sendiri. Kerajaan negeri mesti berani untuk mengakui kesalahan mereka dan cuba menangani masalah Pulau Pinang dengan sikap turun ke bumi."
 
Copyright © 2014 PenangKini.