BREAKING NEWS

Thursday, 2 February 2017

Apa Jadi Dengan Dana Tabung Guan Eng ?



Sejak Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan pembelian banglo di jalan Pirnhorn , DAP Pulau Pinang kemudiannya telah menubuhkan satu tabung dana bagi mengumpul derma.

DAP menyatakan tabung tersebut diwujudkan bagi mendapatkan kembali jumlah dana yang telah dikeluarkan oleh DAP Pulau Pinang dan juga DAP Pusat.Sekaligus memberikan gambaran bahawa DAP sedang mengumpulkan kembali dana-dana mereka yang telah digunakan bagi menjamin Lim Guan Eng akibat daripada pertuduhan yang dihadapinya.

Agak pelik tindakan yang dilakukan oleh DAP ini memandangkan pertuduhan terhadap Lim Guan Eng itu bukanlah dibuat atas dasar kepentingan parti tetapi sebaliknya disebabkan oleh tindakan peribadi Guan Eng.

Bagaimana DAP sebagai parti politik boleh membenarkan dana-dana parti ini digunakan dengan sebegitu rupa ?

Walaupun mendapat kecaman daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli DAP sendiri sejak daripada tabung ini diwujudkan , DAP telah menyatakan bahawa tabung ini tidak akan ditutup malah telah mengumumkan secara terbuka bahawa lebihan derma daripada dana jaminan Lim akan digunakan untuk kempen “Sokongan, Simpati dan Perpaduan kepada Lim Guan Eng” (SSSLGE).

Persoalannya kini adalah sejauh mana DAP menangani kutipan derma ini memandangkan Ahli Parlimen Seremban , Loke Siew Foke dalam kenyataannya sebelum ini menyebut dana-dana yang telah digunakan apabila dikembalikan akan digunakan "untuk tujuan yang sepatutnya".

Apakah yang dimaksudkan oleh Loke tentang "untuk tujuan yang sepatutnya" ?

Apakah ada proses audit dan sebagainya bagi menentukan kesahihan jumlah dana yang terkumpul selain daripada dana-dana terlibat tidak disalah gunakan ?

Semenjak tabung derma itu diwujudkan DAP hanya pernah mengumumkan bahawa jumlahnya telah melebihi RM1 juta dan kutipan tersebut terus dilakukan dan berapakah jumlah dana yang telah dikumpul sehingga ke hari ini ?

Jika tidak silap dalam konvensyen DAP sendiri pun parti itu tidak mengumumkan perihal kutipan dana terbabit , bayangkan ahli sendiri pun dinafikan hak mereka untuk mengetahui perkembangan kutipan dana tersebut !

DAP juga sehingga ke hari ini masih gagal menjawab persoalan tentang tujuan tabung Guan Eng itu diwujudkan ?

Persoalan yang tidak berjawab itu merangkumi tentang kedudukan Guan Eng yang dilihat banyak pihak sebagai mampu dan bukannya dari kalangan mereka yang miskin selain kenapa perlunya DAP membayar wang jaminan tersebut memandangkan pertuduhan terhadap Guan Eng disebabkan oleh tindakan peribadinya bukan parti ?

Dalam masa yang sama timbul persoalan apakah benar DAP membiayai PAN ?
Sekiranya benar dari mana datangnya dana-dana terbabit ?

Kesemua isu-isu ini dibangkitkan kerana DAP sebelum ini pernah terlibat dalam tabung-tabung derma yang akhirnya hilang begitu sahaja.

Antaranya adalah Tabung Derma Bukit Cina pada tahun 80-an ketika DAP menerusi Lim Guan Eng dan Kit Siang berusaha menawan Melaka sebagai negeri pertama di Malaysia yang diperintah oleh DAP.

Diwar-warkan derma tersebut akan digunakan untuk menyelamatkan Bukit Cina, yang telah dihadiahkan oleh Sultan Mansor Shah kepada puteri dari China, Hang Li Po yang diperisterikannya pada abad ke-15 sebagai tanah warisan eksklusif Cina Malaysia.

Apa sudah jadi dengan derma tersebut?

Begitu juga dengan derma untuk menyelamatkan empat orang ahli keluarga pemimpin DAP Sarawak yang diculik oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Apa yang berlaku kepada derma itu, dan ke mana ianya disalurkan ?

Tiada sesiapa pun yang tahu !
 
Copyright © 2014 PenangKini.