BREAKING NEWS

Monday, 27 February 2017

Bagaimana DAP Menswastakan Segalanya Demi Rakyat

DAP baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pada PRU-14 mereka akan menggunakan “Delivered As Promised” (Ditunaikan Sebagaimana Dijanjikan) sebagai mesej pilihan raya mereka.
Selain daripada koleksi propaganda pembohongan berulang yang telah lama dibongkarkan seperti “kami mengurangkan hutang sebanyak 90%”, Chow Kon Yeow dalam mesej “Delivered As Promised” mendakwa bahawa salah satu pencapaian mereka ialah memperbaiki KOMTAR.
Beliau kemudian menyambung berkata, “Kami membina KOMTAR Tech Dome untuk anak-anak kita”.
Walau bagaimanapun, mereka tidak membinanya. Ia dibina oleh sebuah syarikat swasta yang mengenakan caj pada kanak-kanak RM15 (5 tahun hingga 12 tahun), pelajar RM20 dan orang dewasa RM25 setiap kemasukan.
Bagaimana DAP Menswastakan Segalanya Demi Rakyat
Bandingkan ini dengan Pusat Sains Negara yang lebih besar di Kuala Lumpur yang mengenakan caj pada semua kanak-kanak dan pelajar RM3 serta orang dewasa RM6 sekali masuk.
Jangan tersilap, Tech Dome yang DAP dakwa mereka bina bukanlah “untuk anak-anak kita” tetapi sebuah syarikat swasta yang mahu membuat keuntungan.
Juga, Chow terlupa untuk menyebut bahawa oleh kerana mereka telah menswastakan KOMTAR untuk 60 tahun akan datang, rakyat Pulau Pinang kini perlu membayar RM88 bagi orang dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak untuk melihat pencakar langit bandar mereka sendiri sedangkan sebelum ini mereka boleh melihat secara percuma kerana KOMTAR adalah bangunan milik kerajaan negeri sebelumnya.
Bagaimana DAP Menswastakan Segalanya Demi Rakyat
Selain itu, Chow juga terlupa untuk menyebut bahawa DAP menswastakan tapak bersejarah tertua di Pulau Pinang, Fort Cornwallis yang dibina oleh Kapten Francis Light pada tahun 1786, untuk 35 tahun akan datang pada kadar hanya RM30,000 sebulan.
Belum lagi dikira berbilion tanah kerajaan dan aset negeri yang dijual kepada pemaju swasta sejak tahun 2008.
Ya. DAP telah “Menunaikan Sebagaimana Dijanjikan”.
Tetapi apa yang DAP tidak nyatakan adalah bahawa mereka menyerahkan Pulau Pinang, tanah dan aset kepada tangan pihak swasta dan pemaju.
Lim Guan Eng Kerajaan DAP Bohong Mengenai Pengurangan Hutang 95%
wakeup malaya
 
Copyright © 2014 PenangKini.