BREAKING NEWS

Thursday, 2 February 2017

Bila Dap Mahu Gantung Tugas Guan Eng Sebagai Ketua Menteri?


KUALA LUMPUR, 2 Feb – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail menyifatkan keputusan kerajaan melalui Ketua Pengarah MARA menggantung tugas-tugas Tan Sri Anuar Musa sebagai Pengerusi MARA memperlihatkan UMNO lebih terkehadapan dalam soal akauntabiliti dan integriti pemimpinnya.

Jelasnya berbanding dengan skandal rasuah dan penyelewengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, rakyat tertanya-tanya bilakah Dap dan Pakatan Harapan mahu menggantung tugas Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?
“Rakyat juga berhak bertanya bilakah Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan meletakkan jawatan atau sekarang-kurangany mengambil cuti bagi menyelesaikan isu peribadi beliau? “
Berhubung tindakan MARA menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA, beliau berkata keputusan tersebut demi menjaga nama baik parti dan kerajaan.
“Ia adalah keputusan kerajaan di mana kuasa eksekutif terletak di tangan Menteri dari parti UMNO,  komponen utama Barisan Nasional.
“Beliau (Annuar Musa) bukan sahaja belum dibicarakan apatah lagi didapati bersalah oleh mahkamah,  malah penggantungan tugas tersebut mempamerkan  akauntabiliti dan integriti kerajaan pusat dan kita dapati beliau redha serta menerima kenyataan tersebut”, ujarnya. 

 
Copyright © 2014 PenangKini.