BREAKING NEWS

Monday, 13 February 2017

Campur Tangan Urusan Fatwa : Seperti Biasa Bila Sudah Terjerat Dap Cuba Salahkan UMNO


BUKIT BENDERA, 13 Feb – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim menyelar tindakan Exco Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang cuba menuding jari menyalahkan UMNO kononnya UMNO sengaja mahu memperbesarkan isu berkaitan Kerajaan Negeri Pulau Pinang campurtangan dalam urusan Majlis Fatwa dan pemewartaan fatwa.
Jelasnya, ini bukan kali pertama UMNO dijadikan sasaran apabila pembangkang terpalit atau terjerat dengan permasalahan mereka sendiri.
“Isu fatwa ini bukan UMNO yang bangkitkan jadi kenapa mahu salahkan UMNO… Jika dakwaan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Datuk Md Salleh Haji Ahmad tidak benar, maka samanlah beliau.
“Ini tidak… bila sudah terjerat mereka akan berputar belit,  berdolak dalih dan seperti biasa UMNO lah yang akan dipersalahkan dalam apa juga keadaan,”
Tambah beliau, selaku Exco Agama, Malik Kassim seharusnya bercakap jujur dan bukan sanggup menjadi boneka mempertahankan kesilapan yang dilakukan oleh Dap yang sememangnya cukup bijak bermain politik “lempar batu sembunyi tangan”.
Semenjak surat arahan supaya Jawatankuasa Fatwa membincangkan semula fatwa kalimah Allah tersebar di laman sosial, kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Dap terus didesak untuk memperjelaskan kemelut ini.
Surat bertarikh 26 Mei 2010 itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan ditujukan kepada Mufti Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Hassan Ahmad.
Surat itu turut ditujukan untuk perhatian Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Zainal Rahim Seman.
Menerusi surat itu, Abdul Malik melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap Hassan yang didakwa membelakangkannya selaku Exco berkaitan agama Islam dalam pemfatwaan kalimah Allah tanpa terlebih dahulu merujuk kepada beliau.


 
Copyright © 2014 PenangKini.