BREAKING NEWS

Tuesday, 28 February 2017

DS Najib Razak sambut baik Arab Saudi tingkatkan Jumlah Biasiswa


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan.
Najib berkata peruntukan tambahan daripada Arab Saudi itu akan melengkapi dan menambah kepada jumlah pembiayaan RM4.3 bilion di bawah Bajet 2017 untuk pelajar Malaysia.
“Perancangan ini sudah tentu akan menggalakkan dan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Malaysia bagi mendapatkan pelajaran di peringkat tertinggi,” kata Perdana Menteri dalam catatan terbaharu Facebook beliau.
Najib berkata beliau percaya pelajar Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada pemberian biasiswa itu.
Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al-Harirthi semalam berkata keputusan menambah jumlah biasiswa itu berikutan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lepas.
Dr Zayed berkata, buat masa ini, lebih 100 pelajar Malaysia sedang menuntut di negara itu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.