BREAKING NEWS

Wednesday, 1 February 2017

Etnik Rohingya Akan Dipindahkan Ke Pulau Terpencil

Kerajaan Bangladesh merancang memindahkan puluhan ribu pelarian etnik Rohingya ke sebuah pulau terpencil di Teluk Bengal dikenali sebagai pulau Thengar Char sebelum dihantar pulang ke Myanmar.

Menurut BBC News, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menentang rancangan 'paksaan' tersebut.

Semasa air pasang, pulau itu ditenggelami air sedalam beberapa kaki serta tiada pertahanan banjir. Malah, hanya sesetengah peta sahaja memaparkan lokasi pulau berkenaan yang turut dikatakan menjadi tempat perlindungan lanun.


Di Myanmar, kerakyatan etnik Rohingya dinafikan, manakala di Bangladesh mereka dianggap sebagai pendatang haram.
Sebelum itu, seramai 232,000 etnik sama yang berdaftar dan tidak berdaftar berada Di Bangladesh sebelum kira-kira 65,000 etnik Muslim Rohingya dilaporkan melarikan diri daripada keganasan di Rakhine, wilayah barat Myanmar sejak Oktober lalu.


Foto: BBC News

Susulan itu, kerajaan Bangladesh menubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri daripada pegawai kerajaan negeri untuk membantu mengenal pasti dan memindahkan warga Myanmar tanpa dokumen ke Thengar Char.


 
Copyright © 2014 PenangKini.