BREAKING NEWS

Saturday, 11 February 2017

Geely mampu rangsang kemajuan Proton

PETALING JAYA: Jika Geely China menguasai kepentingan majoriti dalam Proton, ia mungkin baik kepada pembuat kereta nasional di samping kebimbangan mengenai kualiti kereta China dan isu “pencerobohan Cina”, kata badan pemikir.
“Ia penting untuk menyedari yang bersikap terlalu sentimental dan nasionalistik berlebihan mengenai isu Proton tidak memberi kebaikan kepada syarikat kereta nasional,” kata Azrul Khalib daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Merujuk kepada laporan baru-baru ini, Geely Automobile Holdings Ltd mendahului persaingan kepada pencarian rakan kongsi strategik Proton, Azrul berkata pengambilalihan itu boleh menjadi rangsangan amat diperlukan kepada Proton Holdings Bhd.
Pada 2001, Proton, yang mendapat manfaat daripada sokongan dan diselamatkan kerajaan selama beberapa dekad sejak penubuhannya pada 1983, mempunyai bahagian pasaran sebanyak 53%. Tahun lepas, bahagian pasaran Proton berjumlah 14%.
Selama bertahun lamanya ada rancangan bagi Proton membentuk perkongsian jangka panjang dengan pengeluar kereta asing termasuk Volkswagen dan baru-baru ini, Suzuki dan Renault.
Tetapi berita baru-baru ini, Geely mendahului dalam usaha mendapatkan pegangan 51% tidak berjalan lancar dengan sesetengah pengguna media sosial yang prihatin ke atas kualiti jenama automotif China dan satu lagi “dijual” kepada China, di saat kritikan berhubung penjualan tanah kepada pemaju negara itu.
Bagaimanapun, Azrul positif terhadap potensi rangsangan kepada Proton dengan Geely mungkin menjadi menjadi rakan kongsi strategik.
“Geely boleh menyuntik modal, menguatkuasakan pembaharuan dan membawa perubahan kepada proses pembuatan. Paling penting, mengubah minda dan sikap Proton agar bersedia untuk mengambil lebih banyak risiko.

“Proton juga akan mendapat manfaat melalui peningkatan keupayaan dan pemindahan teknologi teknikal yang boleh membantu ia kekal relevan serta meningkatkan keupayaan bersaing di pasaran tempatan dan serantau.”
Geely yang mengeluarkan kereta pertama pada 1998, mengalami perubahan besar selama beberapa tahun malah memberi Volvo Cars daripada Ford pada 2010 serta London Taxi Company.
Menurut laporan Carlist.my, Volvo, di bawah Geely menjadi syarikat terbesar yang menggaji jurutera sejak kebelakangan ini, menyumbang kepada pembangunan model Volvo XC90, S90 dan V90 baru.
Artikel itu juga menyatakan model perdana Geely yang dikenali sebagai Geely GC9 direka bekas pereka Volvo, Peter Horbury.
Azrul berkata sekiranya Geely memperoleh 51% kepentingan dalam Proton, akan menambah tekanan untuk ia memberikan produk berdaya saing di negara yang mengamalkan prinsip pasaran bebas.
“Ia mungkin menyakitkan dan mungkin melihat Geely terpaksa mengheret Proton ke hadapan, tetapi pengeluar kereta nasional itu mempunyai potensi menjadi lebih kuat dan memperoleh lebih banyak penghormatan,” katanya.
Spekulasi mengenai Geely menjadi pilihan untuk bekerjasama dengan Proton juga memberi kesan positif kepada syarikat induk Proton, DRB-Hicom.
Awal minggu ini, Reuters melaporkan harga saham DRB-Hicom meningkat kira-kira 10% sejak Khamis lalu selepas media tempatan melaporkan Geely adalah calon utama sebagai rakan kongsi.
Pada September, DRB-Hicom berkata ia sedang mengkaji 5 cadangan daripada pembida luar tetapi enggan menamakan mereka.
Reuters sebelum ini melaporkan selain Geely; pembuat PSA, Peugeot; Suzuki Motor Corp, Jepun dan pengeluar kereta Perancis Renault SA juga memberi isyarat berminat dalam perkongsian itu.
Pada April tahun lepas, kerajaan memberi Proton bantuan kewangan sebanyak RM1.5 bilion dengan syarat ia melaksanakan pelan pemulihan dan mencari rakan kongsi asing untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.