BREAKING NEWS

Tuesday, 14 February 2017

Guan Eng berpolitik seperti budak-budak: PAS




Setiasauaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng perlu berhenti daripada berpolitik seperti budak-budak, kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah.

Beliau berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sepatutnya berasa malu kerana kepimpinannya lebih kotor dan berterusan menjadikan PAS sebagai kambing hitam.

Hamzah yang juga Adun Bukit Payong, Terengganu berkata demikian sebagai membidas kenyataan Guan Eng yang menyerang pentadbiran PAS dengan menyifatkannya sebagai gagal dan membangkitkan isu pembalakan di Kelantan.

Guan Eng sebelum ini mendakwa, masalah banjir di Kelantan bukan disebabkan faktor lain, sebaliknya kerana 100,000 hektar hutan simpan diteroka menyebabkan bencana banjir menjadi serius pada 2014.

“Lim Guan Eng terus mencari publisiti murahan dengan kenyataan-kenyataan seperti menghina Islam secara langsung atau tidak langsung. Terbaharu apabila beliau memilih untuk menghina kepimpinan PAS Kelantan yang diterajui oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bermottokan Membangun Bersama Islam

“Bagi mengalih pandangan rakyat dan debaran beliau terhadap kes rasuah beliau yang dikatakan sangat mirip dengan kes Datuk Seri Khir Toyo yang dijatuhkan hukuman kerana didapati bersalah, beliau berduet dengan bapanya menyerang PAS secara konsisten dengan kisah-kisah palsu penyelewengan.

“Ini tidak lain hanyalah bagi mengotorkan juga pihak lain supaya dilihat lebih kotor daripada mereka yang sudah sedia ada kotor. Politik murahan yang lapuk sebegini, tidak lagi laku sebenarnya untuk dijual kepada rakyat Malaysia yang cerdik menilai sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Hamzah berkata, sekiranya benar ada penyelewengan oleh Kerajaan Kelantan, Guan Eng dicabar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan segera.

“Tidak perlu mencari populariti di media-media sosial. SPRM mungkin gemarkan kes-kes yang melibatkan PAS dan Kerajaan Kelantan sedia membuka pintu untuk siasatan seluas-luasnya insya-Allah,” katanya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.