BREAKING NEWS

Sunday, 5 February 2017

Hak kesaksamaan pelancong turut tergadai akibat ketamakan kerajaan negeri.




Ketua Pemuda MCA Bahagian Bukit Bendera Wong Chin Chong mengecam Kerajaan Pulau Pinang yang meletakkan keuntungan di atas segala-galanya sehingga sanggup memerah pelancong-pelancong di lokasi peranginan. Hak kesaksamaan pelancong turut tergadai akibat ketamakan kerajaan negeri.

“Beratur semasa menunggu giliran untuk membeli tiket merupakan amalan biasa di tempat pelancongan yang popular. Akan tetapi, keizinan untuk memotong giliran pasti mencetuskan kemarahan pelancong-pelancong yang lain.”, ujar Chin Chong.

Tindakan Kerajaan Pulau Pinang menyediakan lorong ekspres kepada pelancong-pelancong yang sudi membayar tambang yang lebih tinggi untuk menaiki Bukit Bendera menyusahkan pelancong-pelancong lain serta orang ramai kerana mereka terpaksa menunggu lebih daripada 2 jam sebelum berpeluang menaiki kereta kabel ke atas Bukit Bendera. Bagaimana rakyat boleh bertolak-ansur terhadap sistem yang sebegitu tidak adil?

“Melawat ke tempat pelancongan merupakan hak bagi kesemua orang. Setiap pelancong mesti diberi layanan yang sama rata tanpa mengira orang kaya atau miskin. Adakah tindakan ketidaksamaan itu membawa erti bahawa mereka yang berpendapatan lebih rendah tidak layak melancong ke tempat peranginan domestik?”, tanya Chin Chong.

Chin Chong menyeru kepada kerajaan Pulau Pinang agar membatalkan sistem pembelian tiket kereta kabel Bukit Bendera yang penuh dengan unsur diskriminasi.

“Tambang ulang-alih kereta kabel Bukit Bendera untuk warganegara Malaysia ialah RM 10 manakala tambang lorong ekspres pula bernilai RM 30. Ia adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada tambang biasa. Mengapa Kerajaan Pulau Pinang berkeputusan menambah beban rakyat jelata lebih-lebih lagi semasa kenaikan inflasi?”, tambah Chin Chong.
 
Copyright © 2014 PenangKini.