BREAKING NEWS

Monday, 27 February 2017

Harga rumah di Pulau Pinang masih melampau

Gerakan mendakwa perumahan mampu milik kerajaan Pulau Pinang masih di luar capaian golongan berpendapatan sederhana-rendah, termasuk pasangan yang mempunyai gaji tergabung RM4,000.
Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata beliau menerima banyak aduan dari pemohon perumahan mampu milik Pulau Pinang, yang mengeluh permohonan mereka ditolak kerana kekangan pendapatan.

“Nampaknya mereka perlukan pendapatan tergabung RM10,000 jika mahu beli seunit rumah mampu milik Pulau Pinang.
“Saya rasa kerajaan Pulau Pinang cuba nyahkan golongan pendapatan rendah dan sederhana-rendah dengan menolak permohonan mereka.

“Sekurang-kurangnya di zaman Gerakan kita mempunyai rumah mampu milik yang benar-benar mampu dan mudah dimiliki melalui skim sewa-beli, wawasan mendiang pemimpin kami Tun Dr Lim Chong Eu,” kata Tong Keong kepada pemberita hari ini.
Tong Keong memberi contoh pasangan sekitar usaha pertengahan 20-an yang mahu keluar dari kediaman ibu bapa.

Menurut beliau, pasangan itu mengadu kepadanya melalui Facebook pada Sabtu, mempunyai pendapatan tergabung RM4,000 tetapi tidak layak untuk unit berharga RM200,000.
“Selain RM200,000 itu, ada kemungkinan mereka terpaksa membayar RM300,000 lagi untuk benda tambahan, kadangkala dipaksa oleh pemaju itu sendiri,” kata Tong Keong.
Harga rumah mampu milik pada ketika ini adalah seperti berikut:

Setakat Pulau Pinang mempunyai 20,887 unit rumah mampu milik sejak 2008, diikuti dengan pembinaan 65,796 unit dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, menurt exco perumahan Jagdeep Singh Deo 6 Februari lepas.
Beliau berkata sepanjang pentadbiran BN, hanya 5,125 unit rumah kos rendah dan sederhana-rendah dibina antara 2000 hingga 2007.
 
Copyright © 2014 PenangKini.