BREAKING NEWS

Saturday, 4 February 2017

HOSPITAL PATUH SYARIAH PERTAMA DI MALAYSIA DIBINA DI PULAU PINANG?




Hujung tahun lepas saya terbaca satu laporan dlm The Star mengenai satu kenyataan yang telah di buat oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan Kerajaan DAP akan membina sebuah hospital patuh syariah yg pertama di Malaysia. Saya difahamkan Majlis Pelancarannya telah pun disempurnakan.

Saya sebenarnya terkejut dengan kenyataan begitu. Nampaknya Exco tersebut tidak tahu atau sengaja hendak menafikan usaha yg telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama ini untuk memastikan semua hospital dan klinik, semua fasiliti kesihatan kerajaan patuh syariah.

Untuk memastikan apa maksud patuh syariah saya telah  mendapatkan pandangan dari JAKIM mengenai perkara ini.

Saya berpendapat apa yg telah dibuat oleh KKM adalah hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah.

Mari kita lihat sepintas lalu apa yang terdapat di hospital dan klinik kerajaan.

PAKAIAN KAKITANGAN
Semua staff Islam memakai uniform yang menutup aurat. Pakai pakaian tangan  panjang, seluar panjang, pakai tudung. Purdah tidak dibolehkan kerana kakitangan kesihatan banyak berinteraksi dengan orang ramai, perlu mengendalikan pelbagai peralatan yang kompleks dan kena banyak senyum untuk mengambil hati pesakit. Yang bukan Islam pun pakai uniform yg sama cuma tak pakai tudung.

UBAT :
Semua ubat yg di gunakan olih KKM ada lah halal.  Vaksin pun semua halal.  Yang tak halal cuma rotavirus untuk pencegahan cirit birit.  Itu KKM tidak beli . Ia nya hanya terdapat di hospital atau klinik swasta tertentu sahaja . Untuk pastikan vaksin benar-benar tidak ada unsur khinzir, bahagian farmasi KKM buat pemeriksaan DNA dan pastikan tak ada DNA khinzir.  Kalau  zaman nabi dulu mereka hanya bezakan sifat,  warna, bau nya sahaja. Kalau ubat dan vaksin dikeluarkan di dalam negara, pihak pengeluar wajib mendapatkan sijil halal dari JAKIM  dan pengeluaran di buat dlm kilang yg ada amalan GMP.

WAD BERSALIN
Sekarang di benarkan bapa masing2  untuk mengazankan atau qamat kpd anak mereka. Nak pilih doktor perempuan sahaja untuk kendalikan ibu bersalin belum boleh lagi kerana  kita belum mencapai jumlah doktor perempuan yang mencukupi. Ramai doktor perempuan yang kurang berminat bidang sakit puan kerana bidang ini amat mencabar.

WAD BERASINGAN
Memang sekarang KKM asingkan wad lelaki dan wad perempuan. Cuma ada kalanya wad terlalu sesak, jadi terpaksa berkongsi sementara pesakit lelaki dan perempuan dlm wad yg sama.

PEMERIKSAAN PESAKIT
Apabila doktor lelaki memeriksa seorang pesakit perempuan atau sebalik nya wajib ada seorang  pembantu lain sebagai cheparon bersamanya.  Amalan ini memang dijalankan sejak dulu lagi untuk mengelakkan sebarang fitnah.

PERKHIDMATAN TABUNG DARAH
Kita amat berterima kasih kepada semua penderma darah yg telah mederma darah masing-masing secara amat ikhlas tak mengira yang Islam dan bukan Islam. Kalau takrif najis, darah terkeluar dari badan adalah najis.  Tetapi dalam hal kecemasan untuk menyelamatkan nyawa manusia tak kira agama, kita beri darah yg telah di derma oleh orang lain kepada yang memerlukan. Perkara ini harus dan tidak pernah sesiapa pun persoalkan.

PEMBEDAHAN
Saya amat terharu apabila dimaklumkan ramai pakar pembedahan yg beragama Islam melakukan apa yang amat di anjurkan dalam Islam.  Mereka sembahyang sunat dua rakaat dulu sebelum memulakan operation. Kalau di jangka pembedahan akan mengambil masa panjang seperti pembedahan jantung mereka buat solat jamak untuk solat fardhu. Kalau diikutkan, kawasan dewan bedah semua ya bersih, boleh sembahayang di mana-mana.

KEMPEN HOSPITAL MESRA IBADAH
Tiga tahun lalu saya bersama Ketua Pengarah Kesihatan dan juga pihak JAKIM telah melancarkan Kempen Hospital MESRA Ibadah di Hospital Sungai Buloh. Pembimbing akan di tempatkan di hospital tertentu untuk mengajar pesakit-pesakit cara sembahayang walaupun dalam keadaan terlantar.  Risalah dan panduan untuk sembahyang dan berdoa ketika sakit turut diletakkan di wad untuk kegunaan pesakit.

Selain itu kakitangan KKM juga di latih cara-cara menguruskan mayat. Sekarang ini mereka turut menguruskan mayat yang tidak dituntut atau mayat dari keluarga miskin.

Van jenazah pun di sediakan di hospital.

Oleh itu, jika Exco Kerajaan Negeri P. Pinang mahu mendakwa kerajaan DAP P. Pinang yg pertama AKAN BINA hospital patuh syariah di Malaysia, tengok-tengoklah dulu apa yang telah kami buat di KKM.

Saya menyatakan ini bukan hanya kerana saya Timbalan Menteri Kesihatan tetapi saya juga seorang doktor. Merawat dan menyelamatkan nyawa sememangnya bidang saya dan rakan-rakan di KKM.

Wassalam.

Dr Hilmi Yahaya
Balik Pulau, Pulau Pinang
 
Copyright © 2014 PenangKini.