BREAKING NEWS

Thursday, 2 February 2017

KASTA RAKYAT PULAU PINANG



Sekurang-kurangnya terdapat dua kasta RAKYAT di Pulau Pinang, Melayu dan bukan Melayu.

Demikian mafthum kenyataan Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertikaikan dasar Pulau Pinang mengenai Islam dan Melayu. 

Menurut beliau, kerajaan DAP Pulau Pinang juga mengamalkan 2 set undang-undang berbeza ke atas peniaga Melayu dan bukan Melayu.

Kenyataan beliau disokong oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamed Fauzi Yusof dengan katanya;
“Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan Melayu dan bukan Melayu."

Tambah beliau;
“Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan."

Demi sesungguhnya, menukar kepimpinan dan kerajaan tidaklah semudah menukar baju.

Moga kisah ini menjadi iktibar buat RAKYAT Malaysia.

 
Copyright © 2014 PenangKini.